Google
 

18 October 2010

cara menjaga kuku

Penjagaan kuku tangan dan kaki bukanlah perkara yang sukar tetapi dengan hanya meluangkan sedikit masa, kita akan sentiasa kemas dan bersih.
Cara-cara menjaga kuku:



  • Rendamkan kuku tangan dan kaki didalam bekas berisi air suam selama 15 minit. Gunakan berus lembut untuk membersih celah-celah kuku. Kemudian basuh dengan sabun yang lembut sebelum memotong kuku.
 
  • Kuku harus dipotong setiap minggu atau apabila dirasakan panjangnya sesuai dipotong. 

  • Hati-hati memilih pemotong kuku agar kuku tidak rosak.

  • Kuku tangan dipotong mengikut bentuk kuku supaya kelihatan kemas dan menarik. Bagi kuku kaki pula harus dipotong lurus agar bahagian  tepi kuku tidak menikam isi.

  • Apabila hendak merapikan kuku, gunakan pengikir yang sesuai.

  • Senaman tangan dan kaki boleh melancarkan perjalanan darah disamping menguatkan kuku kaki dan tangan.

  • Setiap kali melakukan aktiviti, pastikan tangan dan kaki dibersihkan atau dibasuh.

  • Keringkan tangan dan kaki dengan menggunakan kain bersih. Sapulah dengan losyen khas untuk tangan dan kaki. Tangan menjadi lembut, kaki kelihatan bersih dan kuku menjadi sihat.

No comments: