Google
 

14 November 2010

aku didatangi insan misteri

hai sume selamat pagi ye... wahhhh...tajuk supe ngan jumpa hantu je...berkesempatan pulak aku hari ni hapdet pepagi ...nak bagitau ni...tadi ada orang datang kat depan pintu opis ...lalu aku pun bukak dan bertanya ...ye nak apa?...dia ni nama 'uncle' jelah...uncle ni owang cina ...dia bagitau, lepas dia cerita semua masalah dia kat aku terpulanglah sama ada aku nak percaya atau tak...aku pun macam malas nak layan ....yelah kat kl ni kan ramai yang wat konsep gini mintak sedekah kat orang..tak kirala opis owang ke umah owang ke dia redah je asalkan dia dapat duit...takpun taktik owang nak menyamun tu....

ok sambung balik ye...dia pun ceritalah kat aku,dia ni ex-banduan dari penjara di kl ni...masa aku dengar ni aku dah siap pegang tombol pintu ..kalau dia terkam aku aku nak tutup pintu tu...sambil aku kick-off dia hahaha...tapi relax dia nampak macam tak mengancam situasi aku lagi...lagipun dia dah tua ...nampak dah yang dia memang nak tendang pun tak larat kot....

aku pun dengar jelah...gini, katanya dia perlukan duit untuk tambang naik bas ke kelantan ...dia baru keluar dari penjara dan tak ada duit untuk jumpa anak bini dia kat sana...aku pun macam kesian pulak...aku tanya berapa dia perlukan ...dia kata dia perlu rm 16.00 je...tak makan pun takpe....aku cakaplah aku pun ada berapa ringgit je...dia kata takpe nanti dia cari lagi ....last last aku suh dia tunggu jap aku pun bagi lah sikit duit kat dia...dan ucapan terima kasih yang tak terhingga dari uncle tu untuk aku...

 jadi, kat sini soalan aku .....

-adakah aku telah ditipu kerana bukankah setiap banduan yang keluar penjara tu akan diberi sumbangan atau gaji selama dia didalam penjara....ini pengaruh tv ok....

atau

-adakah aku kesian selepas dengar dia cari duit untuk naik bas semata-mata nak jumpa anak dan isterinya yang jauh di kelantan nun....

apapun ,yang penting aku selamat dan aku harap dia dapat balik jumpa anak bini kat sana tu...kalau dia benar benar jujurlahhhh.......

No comments: