Google
 

02 December 2010

hari raya haji yang lepas

kan ari tu dah bagitau yang raya aji kali ni nak balik ganu sebab ada kenduri kekah untuk anak aku...jadi ari ni aku ceritakanlah sikit apa yang ada pada hari raya haji tu....sebelum tu ,kepada anda yang tak dapat hadir ke majlis kami tu ...silalah tatap disini saja ye...kejamnya ayat aku...

ok kita mulakan ...menjelang pagi raya suasana agak sunyi sikit sebab ramai gak adik beradik belah asben tak balik umah ayah...tapi itu separuh je yang separuh lagi masih setia jadi penduduk tetap kat felda betong ni...haha... menjelang tengah ari sikit dah ramai yang datang nak hulurkan tangan ringankan beban ....jadi balik ke tak balik ke kemeriahannya tetap sama gak...pepagi buta lagi laki asben aku ngan ayah dia dah pegi masjid sebab nak semayang raya pas tu nak berjumpa ngan encik lembu nak berkenalan sebelum leher lembu tersebut disembelihkan....lembu untuk kekah anak aku adalah sebahagian saja dan dikongsi bersama dengan enam orang yang lain...aku ingatkan sebahagian tu macam lembu tu dibahagi tujuh ..contohnya ko amik peha kiri.....aku amik peha kanan....oooo nonono...rupanya dorang akan potong dan timbang sama rata dan bahagi kepada tujuh orang ni dengan sama banyak...oooo itu macam ka...


kita cerita pulak pasal makanan yang akan dihidangkan malam nanti ye...ayah aku siap beli ayam kampung dari jiran sbelah umah je...ayam tu nak buat gulai ...dari proses sembelih sampai cabut bulu aku dapat tengok live...syokkk gak sekali sekala merasa merewang kat kampung ni....dulu masa kecik kecik masa mak aku bawak balik kampung tok sedara dekat yan,kedah...orang lain sibuk potong bawang ,buat keje kenduri ...aku gi amik basikal lari pegi pantai...punyalah dasar pemalas nak mampuss...sekarang aku lah johan didapur...dapur umah akulahh....kalau tak memasak tak makan lah laki mak....ok sambung balik....lauk ari tu daging kekah buat masak singgang...sambal belacan ...ulam ...gulai ayam ...ngan daging goreng...oklah tu nak buat lauk untuk makan malam je...takdelah nak berpanggang bagai...yang penting segala lauk pauk yang dimasak ari tu semuanya licin....tak ada sebarang pembaziran pun....

kenduri diadakan selepas isyak...dengan panggilan dari ahli keluarga terdekat dan orang dari masjid sahaja....sebagai tuan umah dan bergelar pak aji ...ayah aku yang membaca doa untuk majlis ari tu...owhhhh adakah aku calon menantu kesayangan ayah aku dengan rupa aku begini....tak paham udah....

selepas siap semua akak akak dan abang abang yang banyak membantu pun nak beransur pulang kerumah memasing...yelah penat dorang dari pagi sampai kemalam nak menyudahkan majlis ni ...apapun inilah pertama kali aku mengadakan majlis di rumah ayah mertua dan kesudian ipar duai aku yang banyak membantu tak akan aku lupakan...terasa sangat kemeriahannya bila sama sama bergotong royong ..nak nak pulak kat kampung macam ni...seronok sangat...itulah alkisahnya seharian di hari raya haji aku...

No comments: