Google
 

20 December 2010

Bersunat Bagi Kanak Kanak Perempuan



                                           cunat tat tatut lahhh....


Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan.

Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih.

Adat ini akan dijalankan oleh bidan dan kini hospital dan klinik perbidanan turut menyediakan khidmat khatan untuk bayi atau kanak-kanak perempuan .

Bersunat baik untuk kesihatan. Kebiasaannya majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak semeriah majlis berkhatan kanak-kanak lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak dengan majlis perkahwinan.

Cara yang wajib bagi perempuan ialah dengan memotong daging yang ada di sebelah atas faraj yang seakan-akan bonggolan atau jambul di kepala ayam jantan. Yang lebih afdhal ialah dengan memotong sedikit sahaja dari daging itu.

Bagi mengupas lebih lanjut tentang cara berkhatan untuk kaum perempuan, penulis berkesempatan menemubual seorang bidan, Nikmah Suhaidi, 45, di rumahnya, Pekan Jengkil, Selangor baru-baru ini.

Nikmah memberitahu, antara alatan yang digunakan ialah kain putih yang bersih, minyak urut, kain kapas, duit syiling lima sen dan mata pisau cukur.

“Kain putih biasanya akan disediakan sendiri oleh ibu bapa. Bagi bayi perempuan, kain yang diperlukan ialah sepanjang satu meter dan dua meter bagi dewasa.

‘’Kain putih digunakan sebagai lapik dan kain yang sama juga dicarik sedikit untuk membungkus duit syiling dan pelapik mata pisau cukur ,’’ ujarnya.

Nikmah memberitahu, untuk mengkhatan bayi perempuan, mata pisau cukur dibahagi antara dua hingga empat.

“Gunting kecil juga boleh digunakan untuk mengkhatan orang dewasa. Tetapi semuanya perlu dalam keadaan bersih dan suci,’’ jelasnya.

Tambah Nikmah, untuk memudahkan proses berkhatan, seelok-eloknya kita memulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad.

“Sebelum memulakan proses berkhatan, saya akan membacakan doa, selawat, al-Fatihah, ayat Kursi, kalimah syahadat sebanyak tiga kali.

“Saya dan kanak-kanak atau orang dewasa perempuan perlu berada dalam keadaan suci dari hadas,’’ katanya.

Nikmah menjelaskan, bayi sebaik-baiknya dikhatan selepas 45 hari lahir dan terdapat juga orang dewasa seperti yang baru memeluk agama Islam yang ingin dikhatan.

Ditanya tentang kebaikan berkhatan, Nikmah berkata, selain untuk mengawasi kesihatan batin ia juga dapat memelihara diri daripada dihinggapi pelbagai penyakit serta perkara-perkara yang diingkari Allah.

“Selain tuntutan dalam Islam, berkhatan ini juga merupakan satu cara untuk kita berdoa agar anak perempuan kita ini menjadi seorang yang baik dan soleh apabila dia dewasa kelak.

“Selepas berkhatan, saya akan memandikan mereka dengan air limau sambil membaca selawat. Tidak lupa saya memohon kepada Allah supaya mereka sentiasa taat kepada perintah Nya,’’ katanya.


4 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam, saya dulu bawa anak perempuan ke kelinik islam utk bersunat, balik buat kenduri doa selamat.

iela said...

BSB:ni pun nak balik hujung bulan buat kenduri sikit ...cuti lagiiiiii......

MamaYatie said...

saya khatankan anak2 dara saya lepas abis pantang..lebih senang sbb dia org kecik lagi..lepas 6 bulan selalunya dah susah sket..dah lasak

iela said...

mama yatie: masa gi sunat ari tu risau gak ...yelah sebab dah lasak kan ...tapi dia pun gementar rasanya ...jadi dia dok diam..lega skit..