ari jumaat yang lalu lepas balik keje kami terus gerak ke damansara ambik pelamin dan zasss ke melaka ...terus pegi sana tak benti mana mana dah...biasalah bukan senang nak pegi melancong tanpa adanya duit simpanan atau job extra ...macam aku n famili kenalah usaha gigih untuk dapatkan wang lebih taklah macam orang lain yang teringat je nak kesana sini terus book tiket flight padahal nak lunch kat Langkawi je...ada ke cenggitu ah.....
siap je keje terus cari hotel untuk disewa dan akhirnya dapatlah satu hotel bajet ni bebetul depan mahkota pahlawan ....yeke nama dia tu? ngam ngam dah chek in ada jugak satu famili ni datang carik hotel tapi dah penuh sian meke...apalagi terus salin baju tido dan on aircond baik punya dan zasss tido ....wahhhh nyaman nya...
hari pertama di melaka bangun pagi tapi hujan pulak ...ingat nak repeat pegi zoo melaka ...dah hujan takkan nak berjalan dalam hujan kan hujan pun sampai ke tengah ari so cancel ,kita ke taman buaya sajo...masa sampai hujan dah benti ......aku tak pernah masuk sini lagi....jom kita tinjau apa yang ada kat situ ....
ada mendalah ni cermin ajaib nama dia masa masuk tu ada banyak cermin yang boleh mengubah bentuk badan korang...pas tu dia ada signboard ni kalau nak tengok cermin misteri tu kena masuk kat situ dulu...masa nak masuk aku dah bajet ni mesti nak pekena orang ni...alih alih memang betul pun ..dorang buat lorong gelap pas tu ada hantu usik ko...paling ngeri bila ko dah masuk separuh jalan pas tu ada benda dari atas jatuh kat belakang ko ...macam tersentuh bahu la gitu......taim tu aku punya melompat ...nasib puteri kat babah dia ...puteri elok je tak takut pun...
masa kat dalam taman dinosor kat ketapi ni kami ada lima orang je tulah kat belakang aku tu...anak orang ye..bukan anak aku...ingatkan saspen macam masuk umah cermin ...rupanya dia benti kat kepala dinosor punyalah lama pas tu dah habis dah...terus keluar ...cishhhhh....
ha nilah rupa kepala dinosor tu ,aku syorkan korang tak yah masuk sini buang karan aje....agaknya nilah seketoi kepala dinosor yang tinggal di abad ini...
ni baru rupa umah hantu yang sebenar....gila scary bila masuk dalam tu..aku dah gigil lutut nak jalan sebab terkena masa masuk umah cermin tadi...yang kat sini puteri nangis bukan sebab hantu ...masa nak keluar dari sini dorang tempikkan hon kat telinga ko mau tak terkejut...terus lari keluar ...tapi hantu dia tak pegang pegang ko pun ...dorang dok dalam kandang je...tak caya pegilah ....memang best ah umah antu dia ni...
show buaya ...show start dalam pukul dua saja...ada show ular sawa ngan buaya ....best gak tengok show ni...suspen je..bila dorang tarik tarik ekor buaya tu...buaya tu lak lek je...takpun rasa nak baham baham dorang ni...pelik kan....
salah satu replika .... macam macam replika ada kat sini...
hah caye tak ? ada topi lagi kan....aku kan pelacong dari dalam nogori....haruslah ada topi ...masa ni kat depan bazar apa ...lupa lak..bebetul depan taming sari tu.....kalau nak beli cenderahati yang boleh buat ko berbelanja sampai mati hah kat sinilah tempatnya....aku jalan je tak beli pun...ecececece...
kalau pergi melaka haruslah naik menda ni ...Taming Sari ...sebab tak ada orang yang snapkan untuk kami ...jadi snap sendirik ye...nak naik benda ni bayar RM 10 sorang sebelum pukul 6.00 tapi masa aku nak naik benda ni dah kul 6.30 ptg jadi rega dia naik RM 15 ....katanya sebab dah malam rega dia lain....gayat sikit tapi memang best dapat tengok seluruh bandar melaka dari atas...masa kat atas ni ada satu budak kecik ni cakap...mama... ada kolam besar ...ada kolam kecik...aku pun pulun carik mana kolam tu...rupanya dewan renang melaka tu...
jalan jalan lagi selagi tak habis satu melaka ...pegi sehari memang tak puas kena pergi peringkat peringkat baru dapat merasa habis satu melaka ni...masa ni kat atas bot melaka river cruise...bayar sepuluh hinggit gak sorang...lama gak naik bot ni...nipun best gak...
melalui sepanjang sungai melaka sampai ke seluruh bandarnya....masa lalu kat sini korang akan nampak satu kampung nama Kampung Morten ....kampung dia memang cantik habis siap kerajaan melaka sponsor meka lampu spotlight supaya kita yang dari sungai ni boleh lihat kewujudan kampung terlama ni...kampung di tepi bandar....cantik oooo.....
peace ...puteri kalut nak tengok sungai aku kalut soh babah posing...jadi ginilah kombinasi yang amat menyeksakan jurugambar nak snap foto yang cun untuk tatapan umum....kikikiki.....
begitulah seharian aku dan famili habiskan masa di bandaraya melaka ni...taim nak balik hotel kita tapau lu kat kedai cik senah.....ni nama sebenar tau ...gambar tak ambik...sebab kat depan dia ada uptown melaka...memang best....ala ala yang cam pasar malam tu....dan aku sudahi hari yang bersejarah ini dengan kawan baru dari uptown melaka.......nak tengok???
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
nak kenal tak?????
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
nak kenal tak?????
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ni dia ular sawa kuning yang baik .....nak tengok lagi....
nampak tak ular tu penyek muka puteri ...berat tau ular ni...tapi kugagahi jua sebab ai tek geli ular....meke yang tengok tu yang geli....auwwwww auwwww..........
4 comments:
OOHH...! Terkezut kak nampak ular kuning yang melingkar kat leher mama Qistina. Besarnya....ya Allah......!
Myfrin's story: yelah kak besar betul ular ni ..tapi kalau ular sawa batik tu lagi takut....yang kuning ni dia tak liar sangat..
isk~ berani sungguh.. kalo zura~ memang tak dapat lah~ tengok dari jauh pon menggelupor.. kalo ade kat bahu x tau la~ muehehehe
nafira:ular tu memang menggelikan ...dulu pernah nak beli simpan lam handbag tapi asben pulak yang takut terlebih...tak jadi nak beli...
Post a Comment