Google
 

30 June 2010

permainan pertama puteri

masa di melaka ari tu aku ada singgah kat mahkota parade untuk shopping ..... masa lalu kat boots barang baby ..dorang ada buat sales la pulakkk aku pun cam emmmm nak carilah satu untuk puteri dan akhirnyaaaaa dapatlah satu toy ni ......ala macam musical box gak lah yang boley tarik tarik tali dia pas tu ada music....macam biasa, hubby akan hulurkan sumbangan ikhlas untuk puteri .....puteri ucapkan tima acih kat babah cepat !!!! ................masa dia mula-mula dengar music tu dia cam lali je.....dan sampai skang pun aku masih dengarkan dia music tu bila dia nak tido ......"ting tong ting tong".....zzzzzzzz..........

28 June 2010

sakit perut

masa makan malam tadi hubby ada tanya aku ....sakit perut tak? aku jawab ....tak pun nape ? dia sakit perut lepas makan lauk kenduri yang kami dapat masa gi kuala pilah ari tuh ..alih -alih pepagi buta tadi aku dah terasa semacam ,aikkk sakit perut ker ....dia dahhhhh la tuhhhhh terus sampai ke petang ni asyik kerja membuang sajor
aku tak tahu lah punca apa tapi aku pun sedap je membedal lauk kenduri tu daging kerbo you...... tak penah aii makan pun .....kali pertama lah kiranya mungkin panas kot daging dia tu.... puteri macammana ekkkkk..... adakah dia akan terkena tempias aku gak .....kan bf siannnnya anak mama ...

shopping barang baby

kat mana nak beli barang puteri ni kat giantkah atau kat tescokah? yang pasti tempat tu mesti ada susu formula anak mama sebab susu ni bukan semua tempat ada jual .susu yang aku maksudkan ialah susu nan 1 from nestle sebab mula-mula try dulu susu nilah yang sesuweii ngan perut puteri ni.. satu benda ni ada senang nak beli barang lain sama tak payah nak pergi tempat lain lagi.

kami ke melaka dan kuala pilah

tarikh :27/06/2010 -Sabtu
lokasi :melaka
waktu :5.30 petang


kami telah bepusing pusing mencari hotel,rumah tumpangan atau motel untuk disewa namun setelah ditanya tanya dapatlah satu hotel dinamakan Fairway Hotel ni dekat dengan town dan tak mahal cuma RM 60.00 satu malam dan sesuai untuk keluarga yang kecil macam kami....
lepas kami check-in hotel dok dalam 2 jam cam tu  untuk lepaskan penat kami pun keluar semula untuk buat pusingan di bandaraya melaka ini adalah kali ketiga aku di melaka first time dulu aku pegi ngan family aku pas tu lepas kawin aku datang ngan suami saje jalan jalan skang ni ngan anak pulak .bajet nak naik dataran pahlawan kat situ ada carrefour sebab aku nak beli barang sikit .tapi disebabkan anak aku yang taknak dok diam penat agaknya kami pun bergerak pantas dan mencapai apa yang dapat je..disebabkan malam minggu jadi rakyat jelata punyalah ramainya sampai kan nak bergerak dengan transpot pun jadi lembab so kami decide nak berjalan sajork.ingat nak naik mahkota parade tapi esok jelah kan esok masih ada .
so kami jenjalan kat uptown, kat uptown pun ada le survey barang tapi emmmm si puteri ni plak membuang jadi dah rimas montot gatal kami pun pegi patah balik ke transpot dan siap tukar diapers puteri aku pun ajak hubby tapau jelahh hubby aku tapau nasi goreng dan aku apalagi drive tru mc d la.... nnnnn segala penginapan dan makan makan adalah tajaan hubby aku hehheeh kami teruslah ke balik ke hotel ....


tarikh :28/06/2010-Ahad
lokasi :melaka lagi
waktu :11.45 pagi



cepat cepat nak check-out ni .... dah tiba time nak keluar dari hotel setelah selesai semua kami pun meneruskan perjalanan ke mahkota parade sebab semalam tak sempat nak pegi kan jadi kami pun menderu lah dan kerana si puteri tengah tido dengan nyenyak nya maka kami meluru ke foodcourt giant tu kira brunch lah skali kat situ jalan jalan jap pas tu keluar terus cari perigi hang tuah sampailah jugak kan ....
kejap je disitu lepas beli barang sikit kami pun patah balik ke bandar hilir untuk cuci mata sampai kul 4.00 petang kami pun gerak ..... ke kuala pilah ,nogori sembilan


tarikh : hari yang sama
waktu : 7.20 ptg
lokasi : kuala pilah


ambil barang pelamin kat umah orang kawin sebabnya hubby aku ada kontrak ngan kawan dia lepas semua barang dah siap masuk dan kami pun mulakan perjalan ke kuala lumpur semula....

24 June 2010

tinggal berdua

semalam bila balik dari kerja hubby aku dah amikkan anak dari rumah pengasuh bila aku pergi dapur aku tengok nasi dah siap masak, baju dah siap angkat aku pun ok jelah takde lah pelik sangatkan.hubby aku tunggu aku duduk rehat jap main dengan baby ,sambil main main tu hubby cakap slow je kat aku malam ni kena outstation hahhhhhh apekerhall plak nak kemana ? JOHOR NGAN MELAKA alamak jauhnya tiba tiba je nak pegi malam ni pulak ,,aku pun emm oklah nak pergi takpelah pergi kerjakan bukannya pergi melancong .aku siapkan baju,toilerities sumer bagi makan kenyang kenyang biar dia gomoi anak cukup cukup ngan aku skali kena gomoi opppppssss terlebih sudah ...sampai jam pukul 12 tgh malam dia pun nak gerak dah dia bajet boleh sampai sana terus bawak turun barang jer senang .dia tak nak buat kerja lambat kan kena pergi dua tempat. dan tinggal aku berdua ngan puteri emmm syahdunyaaaa.

22 June 2010

tertidur....

lepas balik dari kerja aku terus mandi siapkan anak .bila anak dah siap lega sikit sebab aku boleh lah lepak lepak buat benda lain tapi apa yang terjadi ialah aku telah tertidor dan tak sedar kan diri sampailah ke pukul 10.30 malam eh laki aku dah makan ke belum anak aku jadi apa pergi mana.Ha tulah tido senja senja ,laki aku apalagi terpaksalah memasak untuk dirinya sendiri memandangkan aku dah tak sedarkan diri.Kesian kat hubby aku bila kena masak sendiri nak makan ala takat goreng ikan ngan sayur apa sangatlah kan bang ,abang kan terer..... ayat nak membodek la ni....dan baby aku macammana.... dia pun dah selamat dalam bouncer dia hubby aku siap susukan dia lagik tentulah pakai susu formula takkan lah susu dia plakkan.....ha tulah penangan anak kecik apa pun hubby aku sanggup redah cuba kalau aku yang nak mengada -ngada ngan dia tunggulah kau kat situ ada aku kisah.......
apa pun abang lah yang terbaik untukku cuma tak terluah dengan kata-kata saja......

21 June 2010

teringin nak makan maggi

dah lama tak makan maggi terasa sangat terliur ingat lunch ni nak makan maggi jerlahh eiiiiii ingat tengah bulan cenggini sumer tengah pokai ker tak gak cuma tekak ni ha yang tetiba teringat kat maggi ummm dapnya....letak telur sebijik letak kobis ngan cili padi maggi slurppppp....dap dap

hisap puting nyot nyot

semalamkan masa puteri sibuk nak nangis mama sumbatkan puting nyot nyot terus dia senyap .......dia cam lalok jer ngan puting tu senang kan keje ..... nak bagitau itu jer ....

hujan

hari ni adalah hujan dan cuaca sejuk jer... tapi disebabkan kena kerja jadi aku perlulah melupakan seketika saat indah untuk tido waktu hujan tetttttttt....syoknya dapat tido time cenggini kan..

casio exilim slim kerrr?????

eh casio exilim slim apa ??? memang slim pun kamera casio ni senang nak dipegang dan dibawa kemana-mana .memang sesuai untuk wanita seperti aku ni .saja jer nak bagitau yang kamera aku ni slim .... jangan muntah yerk......

20 June 2010

berkelah di tasik perdana

Sebenarnya dah lama bercadang nak bawa puteri jalan jalan tapi disebabkan usianya yang terlalu muda baru habis pantang mama malas lah nak bawa puteri keluar rumah .Tapi bila dia dah dekat 3 bulan ni mama berani lah sikit nak heret anak mama keluar .Kami tak pergi jauh pun area kl jer gi jalan jalan tasik perdana makan nasi bungkus ,nasib baik anak mama ni baik tak meragam mama letakkan dalam stroller dia tido ,bangun jap main- main, tunjuk pokoklah, burung lah macam dia retikan dia pun diam je.Pas tu mama bawak dia gi muzium tengok pameran keranda takde lah seram sangat cuma kat situ diorang tunjukkan jenis jenis keranda jer.Yang bestnya anak mama ni sepanjang jalan asyik tido jer ,pas mama dukung babah pulak take turn dukung puteri .Tapi sebelum tu kami dari planeterium dari situ ada jejantas yang boleh seberang jalan terus ke muzium .Dah habis ronda ronda kat situ kami terus gi alamanda bajet nak beli kamera digital kat situ tetiba babah ajak gi low yatt plak kami pun apalgi berdesup lah gi low yatt.... survey punyer survey singgah satu kedai apek ni dia terangkan lah keburukan dan kebaikan kamera digital yang ada last last kami pun deside nak amik casio exilim ,emmm bolehlah gambar pun cun banyak funtion dan yang penting modelnya boleh tahan cantik dan puas hati kami choose kaler silver. Dah penat dah ni balik lah apalagi tilam bantal dah tunguuuuuu.....

18 June 2010

Qistina Fadiela pergi kerja

puteri ikut mama pergi kerja!!!!!! sebabnya kerana pengasuh puteri ada hal dia dah bagitau baba masa baba ambik puteri .

makan mc donald ye..

lepas ambil anak pukul 5 hubby kena keluar kul 6.30 sebab kena pergi bangi untuk hantar pelamin,kawan dialah si jay yang pasang sendiri pelamin tu aku pernah lah tengok pelamin dia cantik gak siap boleh mekapkan pengantin lagik. Dia suruh abang aku bawakkan barang dia mengikut destinasi tempahan sampai ke perak pun ado .Bila tiba musim cuti lagi banyak tempahan ..masyukkkk.......bila dah balik lambat haruslah hubby aku belanja mc d ... yang bestnya ingatkan kami berdua je rupanya sianip sepupu dia ngan anaknya ikut skali hubby tapau bawak balik umah jerrrr.Lepak jap tengok tv pas tu tidolahhh....

17 June 2010

TAK RETILAH.........

ISHHHH PENAT MAMA CUBA NAK GLAMOURKAN BLOG NI TAPI MACAM TAK BOLEH KENAPA YA....... MAMA TUKAR ITU TUKAR INI TAPI MASIH TAK BOLEH MAKSUDNYA DIA TAK KELUAR DALAM CARIAN GOOGLE .MAMA SEBENARNYA NAKKAN NAMA QISTINA FADIELA KAT GOOGLE JADI MAMA TUKARLAH NAMA CINTAHATIHATI DIELAMANJA KE QISTINA FADIELA LAST LAST TAK MENJADI SKANG MAMA PAKAI JE CINTAHATI TU SEBAB ITU YANG BOLEH DILIHAT DALAM GOOGLE APAPUN TAK KISAH LAH MAMA NI BARU BELAJAR NAK BERBLOG NI SALAH SILAP HARAP DIMAAFKAN . AMPUNNNNNN.....

tido pukul 3 pagi

letih lah skang ni tetiba si puteri ni nak tido kul 3 pg lak .Dah 2 malam dia nak tunggu kul 3 baru dia leh lelapkan mata.Itupun mama yang tetido dulu pas tu bila mama sedar ma tengok dia dah terlelap sian tido sorang sorang tanpa didodoi mama.Baba limit dia tu sampai kul 1 pg je pas tu dia memang tak leh bangun dah mengantuk sangat agaknya.Apapun janji anak ma nak tido sudah jangan dia tak nak tido langsung masa tu mama ngan baba jadi zombi lah di siang hari.

16 June 2010

apa yang puteri tengah buat sekarang

jap g mama nak balik untuk lunch time mama ingat nak jenguk puteri jap nak tengok apa dia tengah buat mama risau takut dia nangis je kan dia tak nak minum susu botol .... mama takut anak mama lapar siannnnnnnya anak mama kan....

mengantuk

mengantuk pepagi ni sebabnya malam tadi puteri tak nak tido ........

tak nak minum susu dari botol

semalam puteri merajuk dengan mama dia dah tak nak minum susu dari botol dia nak susu dari mama gak .Mama runsinglah sebab mama kena kerja dan mama risau dia tak nak minum masa di rumah pengasuh nanti.Mama akan ajar dia jugak minum susu dari dalam botol supaya dia boleh terima nanti....

15 June 2010

meragam la pulak

Semalam hubby balik awal jadi dialah yang tolong ambilkan puteri.Masa mama sampai rumah mama dengar puteri elok je nyembang ngan babah dia aikk,anak mama dah pandai nyembang seronok la kejap .Macam biasa siapkan segala keperluan puteri untuk mandi ,baju bedak ,minyak telon air panas .Lepas selesai semua mandikan dia dan susukan dia dia pun mamai macam nak tido ,adala terlelap kejap pas tu bangun balik dan tak tido tido sampai malamnya. Masa mama nak tido mama ingatkan dia dah tido rupanya dia tak tido lagi mama bagi susu semua cukup sapukan minyak telon tak nak anak kembung .Babah siap dodoikan lagik ,tengok tengok dah kul 1 pagi .Ishhh kenapa ngan anak mama ni dia dok merengek jek dari tadi tak nak tido sakit lagi ke kena cucuk ,mama pun tak tahu nak memujuk cemana lagi .Bila anak mula meragam mama pun tak sampai hati nak biarkan ,mama dodoikan dia nasib baik dia nak tido gak itupun pukul berapa tau .... kul 3.30 pg ha hilang habih ngantuk mama tadi punya nak memujuk anak meragam ... tak tahu lah kenapa tapi takdelah meraung sungguh sungguh mungkin dia nak ngadu yang paha dia sakit kena cucuk cian anak mama ye.Dan babahnya dah terlelap tanpa menyedarkan diri lagi.

14 June 2010

qistina fadiela

Hari ni puteri kena cucuk la untuk bayi berusia 2 bulan .Pagi pagi lagi dah kena kacau ngan mama untuk bangun mandi kesian puteri .Sepanjang nak pegi klinik asyik menangis je bukannya apa nangis manja takut kena cucuk ,dia pun tahu hari ni dia dapat sakit tu yang meragam je.Mama pakaikan puteri baju pink yang kak zira bagi ari tuh supaya puteri nampak comel bila kena cucuk .Masa kena cucuk tadi adalah menjerit sikit pas keluar dari bilik terus terlelap ,yela dari pukul 6.30 pagi da bangun mesti ngantuk kan anak mama ni.Mama bajet nak gi keje 1/2 day je sbb kesian nak hantar puteri masa dia tengah sakit cam tu .Mama biarkn je dia tido puas puas kul 12.30 th tadi baru hantar dia.Ala rumah pengasuh dia tak de la jauh sangat pun depan rumah kami je. Senang kan jimat masa mama.Baba dia pepagi lagi lepas hantar kami balik dia pun chiauuuuu gi keje.

kelahiran pertama

pada 09/04/10 merupakan hari yang bersejarah bila aku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel dengan berat 2.2 kg dilahirkan secara normal di hkl .bayi perempuan ini aku dan hubby telah namakan puteri nur qistina .