Google
 

28 February 2011

Air Terjun Chamang,Bentong,Pahang

 Ingat tak entri yang ni , entri pasal pegi bentong tu...tapi aku pegi yang repeat punya minggu sudah ...sampai demam demam dibuatnya punya melenjan mandi air terjun ...siap sampai tido tido kat atas batu punya la heaven ...dahlah sejuk sejuk mandi pastu perut dah kenyang melahap tunggu ayam bakar spesel la sangat kata ko...yang dak kecit ngan babah dia memang satu geng, air takleh nak dipisahkan ...tapi aku bagi can kejap je..gile ko air dah lah deras pastu sejuk, kang demam anak aku ...lagi susahhhhh....

nak tahu cemana rupanya piknik atas batu, meh sini nak tunjuk ....(layan gambar le maknanya tu)



nampak tak air yang deras ..kalo jatuh terus lenyap di perut bumi...auwwww ngeri ...



aku memang dah mandi sebelum kuar umah tapi tetap nampak cam tak mandi jadi haruslah aku mandi secara gelojoh bila kat situ...



alolo... tomei eh puteri bagi sampo, tapi mama kalut nak pis pis pulak ...sekarang sape budak ...kasik tau cepat...



lambat tau nak tunggu ayam ni masak ...lapo tak hengat...bila dah dapat can makan, habis sume  aku makan ....sampai tulang pun aku bedal ...ayam dirempahkan oleh aku...dibakar oleh tukang bakar tak pro ...hihihi...



tara.... dah siap, sedap youuu....yang hangit hangit tu ai soookaaaa sangat....



makan dengan sayur kangkung tak sudah...sambal belacan sebagai kuah cicah ayam bakar ,nasi ...sedappp...makan pulak atas batu tepi air yang berdesup desup derasnya....pi piknik bawak pinggan kaca ko...dah aku takde pinggan palstik nak buat camno....hahaha...





dak kecit ni pun tau bestnya mandi air terjun ...sampai biru lah bibir dia ...tu pun baru mandi sekejap je...



fokus pada air terjun saja...model tak penting okehhh...hihihih...



puteri dah siap mandi, salin baju terus tido ...sebenarnya aku pun tumpang tido masa babah mandi ...gile sedap tido atas batu keras...hard rock katanya ko....







dah siap sume ...kita balik ...gila gayat aku naik jambatan gantung nih...rasa cam nak tersungkur kat situ je ...terhuyung hayang dibuatnya....kami pegi pat orang je(+ budak baju biru)...baru ada famili ,camnilah...



akhirkata...silalah pegi kesini jika anda nak merasa mandi air terjun chamang....sekian dari aku n family ....ewahhhh.....boleh ke penutup kata cam tu...(cam bodo je....)hahaha...








27 February 2011

Perkahwinan Siti Sarah dan Shuib

 

SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK SITI SARAH DAN SHUIB ....COMEL SANGAT  MEREKA BERDUA NI.....



*gambar dan cerita dari sini 

badan disaluti emas ....

amboi nampak emas je terus tak sabar nak jengok ....yang pastinya bukan aku yang disaluti emas ....biar pun aku kutip gaji tetiap bulan tapi masih tak mampu nak memiliki seketul emas ...huhuhuhu......

tapi brother yang keras kejung kat bawah tu yang penuh dengan emas....siap sampai kekulit habis penuh emas....wahhh kalau aku dapat set baju cenggitu mau aku pi kedai jual , untung untung dapat banglo idaman sebijik....takpun pegi melancong sambil hepi hepi ke luar negara....yessss aku memang mata duitan....tapi duitannya hampeh....

dah dah saja nak bikin panas je buat entry pasal  emas ni...mentang mentang lah dah cukup bulan (motip)...auwwww...



nampak tak ...pakai baju emas kemas ...nak tangkap gambar kena bayar rm 2 ...(nampak nau menipu....baju emas yang bukan emas ponggggg.....versi HKLBR)kikikik....



jadi ,bagi yang tak mempunyai wang untuk tangkap gambar haruslah bergambar begini saja....sorang sikit mencelah supaya nampak efek bergambar dengan orang emas (bukan warga emas)......

25 February 2011

Nilai Seorang Suri Rumah (entri kopipes)






Hendak dijadikan sebuah cerita yang sebenarnya tidaklah menarik mana pun, tapi kalau dibaca sampai habis nanti tahulah bahawa cerita ini memang menarik. Marilah sama-sama ikuti luahan hati seorang suri rumah yang bernama Zulaikha binti Zulkifli dan menggunakan samaran atau nama manja iaitu Ikha. Berbalik pada Ikha seorang suri rumah yang sudah beranak empat. Kisah cintanya memang menyayat hati, tapi kita ringkaskan sebab itu bukan point utama cerita ini.
 
Ringkasan cinta Ikha - Ikha bertemu dengan Riduan bin Hashim pada usianya sembilan belas tahun, bercinta selama tujuh bulan dan terus berkahwin walaupun dihalang oleh bakal mertuanya. Sebabnya, emak mertuanya mahu Ikha dan anak lelakinya sendiri sambung belajar walaupun Riduan ketika itu sudah mendapat segulung Ijazah. Bila sudah kahwin, sah-sah Riduan atau pun panggilannya abang tidak membenarkan Ikha menyambung pelajarannya ataupun bekerja.

Mulai hari itu Ikha menjadi suri hati abang dan juga suri rumah dengan sahnya. Ikha redha dengan kehendak abang jadi Ikha bertekad untuk menjadikan suri rumah sebagai profession yang serius. Pelbagai langkah yang diambilnya untuk membina kerjaya sebagai suri rumah. Ikha yang pada mulanya tidak pandai masak telah bertungkus-lumus belajar memasak. Bukan itu sahaja, Ikha juga cuba mengambil hati emak mertuanya yang tidak berapa setuju dia menjadi menantu.
 
Kegigihan dan keikhlasan Ikha akhirnya membuahkan hasil apabila dia diterima dan menjadi menantu favourite. Manakala Ikha telah melahirkan empat zuriat yang kini terdiri dari umur 10 tahun, 8 tahun, 6 tahun dan 4 tahun. Dalam pada menguruskan hal rumahtangga Ikha juga mengambil kesempatan dengan menulis beberapa buah novel. Itu yang menjadikannya begitu bangga dan bahagia.
Suatu hari, ketenangan hatinya terusik apabila Ikha menerima satu panggilan dari seorang kawan. Ikha bermuram dan bermasam muka sepanjang hari.
 
"Kenapa ni sayang, abang tengok Ikha ni macam ada masalah je?" Tanya Riduan.
"Abang, minggu depan kawan-kawan sekolah menengah saya ada buat gathering dan saya dijemput sekali." Suara Ikha perlahan.
"Hah! Pergilah. Yang Ikha masih fikir-fikir lagi tu kenapa? Ingat abang tak bagi ya. Abang bagi pergilah. Takpe, cakap hari apa? Abang jaga budak-budak." Pujuk suaminya.
"Bukan, bukan itu masalahnya. Abang, saya seganlah nak pergi. Dia orang semuanya dah berjaya, semua dah ada career. Saya seorang je yang kahwin awal. Semua kawan-kawan saya sambung belajar." Muka Ikha sedih.
 
"Hish! Isteri abang ini lagi berjaya. Ikha, Ikha ni seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, seorang menantu yang baik. Itu kan dah berjaya. Lagipun Ikha juga seorang guru bila mengajar anak, seorang akauntan bila jaga kewangan kita, seorang chef dan pelbagai lagi." Riduan bangun dan terus ke surau.
Ikha masih termenung, kata-kata abang tidak sedikit pun menyakinkan dirinya. Ikha dalam dilema sama ada hendak pergi atau tidak. Kalau ikutkan hati rasa rendah dirinya dia tak mahu pergi, tapi rasa rindu untuk bertemu dengan kawan-kawan sekolahnya.
 
Dalam pada tidak ada keputusan Ikha pun sediakan baju untuk ke gathering itu. Ikha keluarkan baju kebaya berwarna pink dan bermanik-manik. Dia mahu kelihatan jelita dan anggun pada mata kawan-kawannya nanti.
Pejam celik, pejam celik tibalah hari perjumpaan itu. Walaupun dalam hati masih ragu untuk pergi tapi Ikha mengambil keputusan untuk pergi atas dorongan abang.
Rasa berat hatinya untuk meneruskan hasrat untuk bertemu dengan kawan-kawannya. Kereta Ikha sudah diletakkan di tempat parking. Sebelah kereta BMW dan sebelah pula kereta Toyota Wish. Ikha terasa kerana dia hanya membawa sebuah kereta berjenama tempatan. Dihayunkan juga langkah masuk ke dalam Hotel Nikko yang bertaraf lima bintang itu.
 
Ikha mengumpulkan semua semangat untuk berdepan dengan rakan sekolahnya.
"Ikha, how are you? Bestnya dapat jumpa student terpandai kat sekolah. Hei! Tengok ni siapa ada kat sini, Penolong Ketua Pengawas tahun 1994.' Tegur Azira yang merupakan saingan Ikha dalam pelajaran.
Ikha hanya menelan air liur dan tersenyum, memang dulu dia pelajar popular dan hebat tapi sekarang dia hanyalah seorang suri rumah. Ikha hanya mendengar kawan-kawannya bercerita. Mereka bercerita tentang kejayaan career dan apa yang mereka miliki sekarang.
"Aku dulu takut tengok Ikha ni bedah katak masa kelas biologi tapi sekarang aku dah bedah orang pun." Sabariah dengan bangganya bercerita tentang kerjayanya sebagai seorang doktor bedah.
"Dilani, kereta you tu model barukan? Ok juga Honda tu. I baru ambil SUV baru, senang nak balik kampung. Eh! Popular student kita ni dah jadi apa sekarang? Mesti youhebat sekarang." Rita memandang tepat ke arah Ikha.
 
Semua mata tertumpu pada Ikha dan semua senyap menunggu Ikha membuka mulut. Mereka memang berminat ingin tahu apa yang Ikha lakukan sekarang.
"Mmm.., I after STPM tak sambung belajar tapi I kahwin, Sekarang ni I jadi housewife anak empat. My hubby is manager kat sebuah syarikat kapal. I..." Mata Ikha terkulat-kulat ketika bercakap.
"Anak you mana? Lelaki, perempuan? Mesti comel dan bijak." Tanya Azira.
"Ikha...habis tu you jaga anak sepenuh masa la? Wow!" Rita pula menyampuk.
"Ikha...kenapa suara you perlahan, ceritalah lagi apa rutin harian you," Emily berminat nak tahu.
Ikha mula betulkan duduknya, dia bercerita mengenai dirinya kerana semua kawan-kawannya berminat nak tahu tapi Ikha akhirnya terdiam bila merasakan kawan-kawannya saja ingin mengambil hatinya memandangkan dia hanyalah seorang suri rumah. Ikha menunduk.
"Ikha kenapa?" Tanya Azira di sebelahnya.
"I hanyalah suri rumah berbanding you all." Muka Ikha begitu sedih.
Ikha hampir menangis tapi kawan-kawannya mula teresak-esak menangis. Mula-mula seorang kemudian seorang dan kemudian semuanya menangis. Ikha terdiam dan berasa hairan.
"Ikha, U beruntung sudah berkahwin dan ada anak. Tak macam kita orang ni, belajar tinggi tapi tak kahwin-kahwin. Sekarang ni dah jadi andartu. Duit banyak pun tak guna." Salwa yang senyap dari tadi bersuara sedu sedan.
 
Pada hari itu Ikha pulang ke rumah lalu terus memeluk suami dan anak-anaknya sambil menyatakan kepada mereka bahawa dia bangga menjadi seorang isteri dan suri rumah.
 
 
entri ini hanya untuk mengingatkan aku kiranya suatu hari nanti mungkin aku akan menjadi seperti ikha....

23 February 2011

Kolam Air Panas Bentong ,Pahang

ni aktiviti tak sengaja aku masa ujung minggu yang sudah sudah ....sebab dah tak tahu nak kemana jadi kami dengan suka hati telah berjalan sampai ke bentong ...ini perjalanan balik hari saja...alah pegi bentong ikut jalan lama yang banyak gaung ..hutan hutan pas tu terserempak ngan orang asli yang siap bawak sumpit ...nak sumpit apa aku tak tahu....kami redah je...



jalan punya jalan sambil makan sate yang sejuk sebab simpan dalam peti sejuk sebab tak habis makan semalam ...sambil tengok gaung yang ntah berapa dalam jauhnya....kalau ada keta terbabas masuk gaung memang takkan jumpa kot..sebab hutan dia tebal....tapi kalau bawak keta dengan berhemah dan berhati hati takdelah saspen macam yang aku cakap tu....




dan tak sedar dah sampai kat satu tempat ni...memula aku ingatkan tempat ni takde orang nak datang sebab masa kami sampai sini cuma ada dua tiga orang je yang sibuk dok dalam kolam ...aku benti sebab nak cari toilet ...bila pegi toilet sahlah tempat ni memang jarang orang nak datang pun ....toilet memang takleh nak masuk sebab seram sangat ...tak de penjaga dan tak de air....pas tu ada plak kucing sekor yang dok kat tempat kauter dia...bebetul dok atas meja kaunter...terus tak jadi nak terkucil....




asben aku siap soh aku kencing kat belakang toilet ...hadoiiii kalau budak kecik tu takpelah ...ni tepi jalan celah mana nak kencing...kang silap silap masuk u tube plak ....tahan jelah...




dalam dok tahan tu sempat lagi tangkap gambar tepi kolam....tapi bila petang ada pulak orang meniaga kat situ...malam mungkin takde orang kot sebab situ takde lampu dan lagi satu kolam tu keliling hutan ...ko berani ke nak dok dalam hutan mandi kolam malam malam ....kang ada yang menyanyi enjit enjit semut sapa sakit naik atas..(tetiba HKLBR)....hiiiiiiiiiiiiiii hiiiiiiiiiiiiiiiihihiiihii(mengilai pulak)....



ada jugak yang datang situ ...mungkin orang yang singgah kejap macam kami ...sebab tak mandi pun....



kat sini rasanya ada tiga kolam ...air dia tak panas sangat suam suam je...nak mandi siang boleh lagi lah...tapi janganlah pegi bedua je..pegilah beramai ramai sebab takut kalau terjadi apa apa kan susah ...masuk percuma....tengoklah kolam kat belakang tu ...sunyi je ...



*tetiba je aku buat entry seram nak gila ...padahal nak gitau aku gi kolam air panas ...mungkin sebab ini kali pertama,jadi aku tak biasa...kalau korang yang dah biasa tu mungkin tempat ni bestlah....


sebenarnya kami teruskan perjalanan sampai ke air terjun chamang ..tapi tak best sebab aku takleh mandi ...yelah kan planning gedik gedik mana tahu nak pegi sampai tempat air terjun tapi aku dah repeat balik ahad lepas ...nantikan entry yang seterusnya.....
 
 

22 February 2011

budak kesayangan aku

panaskan blog dengan citer tak hawtt langsung...(apakebenda ntah...)biasalah aku ni kan jenis bangsa yang paling lembap nak hapdet orang sume hapdet strori yang hawt aku hapdet stori yang dah kewl ...eh eh nak jugak kewl ye..padahal tak nak ngaku cite basi ...

anak aku sebenarnya dah sepuluh bulan lebih ...apa yang buat aku hepi dia tetap terus berkembang seperti kanak kanak yang lain ...yelah anak aku ni kan kecik je..sebab masa dia lahir pun kecik je hanya 2.2 kg ...bila semua orang tengok anak aku mesti dorang cakap eh kecik nya budak ni...tak pun tanya lahir cukup bulan ke ...tapi dari segi perkembangan dia memang sangat memberangsangkan...

dahlah masa lahir kuning dia memang sangat tinggi dekat 200 tau kuning dia ni...masa tu semua orang dah buat andaian yang memacam ...yelah kalau dah kuning tinggi tu nanti efek kat otak lah ..jadi cacatlah...semua tu buat aku susah hati...dengan sabar aku jaga anak aku siang malam sebab dia kuning dan kecik dari orang lain walaupun lahir cukup sembilan bulan...

memanglah kalau tengok kes aku ni bukannya berat sangat sebab orang lain lagi kesian ngan anak dia...cuma ini pengalaman aku dengan anak pertama, mesti kita tak sangka yang kita akan hadapi semua ni...

tapi bila dia semakin membesar aku tahu dia ok je...tak ada masaalah apa pun macam yang orang lain cakap sebelum ni...jadi yang penting kita kena kuat semangat dan sentiasa berdoa pada allah swt supaya kita mampu hadapi apa jua kemungkinan ...huh ingat senang ke aku nak taip macam ni...aku tak suka emo emo...tapi kalau aku dah emo aku memang meroyan ....huhuhuhu...



dia budak yang suka hisap ibu jari terutama taim nak tido dengan taim nak susu...kira signal lah tu...

 

orang makan apa dia pun sibuk nak makan gak...


tak kedekut pun ...mintak je kasi, pastu nangis nak balik makanan dia...



dah pandai posing sebab mama suka paksa anak posing sama...kijam betol...

tulah citer tentang budak kesayangan aku...amacam kewl tak ...auwww ...

21 February 2011

kenal tak buah celagi???

hari ni saja nak main teka teki ...nak bagitau kat korang yang aku dah kenai buah celagi ni ...korang tahu ke buah celagi ni buah apa...kalau kat kampung hasben aku kat ganu, dorang panggil buah ni buah celagi tapi kalau kat kay el orang panggil buah asam jawa atau tamarind...itulah maksudnya celagi tu....ye tak orang ganu sekalian ...atau negeri lain ada gak panggil camtu....


tak yah nak tunjuk cemana rupanya buah tu secara detail kat sini sebab semua mak mak , adik adik dan akak akak kat sini memang dah terer dengan benda ni kan? ...jadi aku cuma nak tunjuk cemana terernya pulak si puteri ngan kazen dia ni makan buah celagi yang belum diproses jadi asam jawa tu....masammmmm ....aku yang tengah menaip ni pun boleh terleleh air liur sebut pasal buah celagi ni ....tapi kalau dah masak rasanya manis sikit ...dan boleh disimpan untuk diproses untuk dijadikan asam jawa yang kita dok guna untuk masak selalu tu....


yang kat bawah ni picsa puteri ngan sepupu dia ...masa ni dorang tengah dok berebut makan buah ni sampai anak aku  pun tumpang sekaki ...asben aku kutip sebaldi buah ni ...pokok  celagi ni  asben dah tanam sejak dia kecik lagi ...sampai sekarang  semua dapat merasa makan  buah ni ...dapat kat bebudak tu sebaldi ,tinggal berapa ketul nak habis dah...
ishh kuat betul ye makan buah asam ni...







 tengok puteri cemana...bukan main dia gigit buah tu ...



 aishah ,najiha,kirah,nurin(belakang),sakirah,sakinah,puteri(depan)...jenuh nak menghapal nama anak buah ni...



makan sampai berkerut dahi tu ye...ni aishah sepupu puteri ...dia pun pandai makan buah asam ni...tapi mak su (akulah tu ) tak suka makan tau ...janganlah korang bagi ,aku memang tak hingin ...

sepupu puteri belah babahnya memang ramai ,tu baru yang kecik kecik je ..tak termasuk yang coming soon dan yang dah besar besar...baya aku pun ada gak...kalau belah mamanya pulak boleh dibilang ngan jari je....

20 February 2011

letih ooo




bila dah penat muka harus bertukar jadi begini ....moncong ....



ari ni hapdet sikit dulu sebab ai penat ...penat ,kenapa ? nanti cite ok ...skang tengah sakit tekak tapi nak hapdet blog tak guna tekak pun kan ...ok ok otak penat ...leh terima tak sebab mata mengantuk .pas tu nak pikir keje yang perlu dihadapkan dulu ...

pas tu sakit badan sampai nak runtuh bahu ...salah satu alasan yang kukuh sebab nak menaip kena guna kekuatan jari dan bahu yang menampung lengan  agar dpat menaip dengan laju ...

cite banyak tak guna sebab aku pun tak tahu dah nak membebel apa ni ...jadi nantikan entri yang lain saja...babai...


*sebenarnya malas sebab ari ni isnin kan...kan ...kan...

17 February 2011

makanan tempatan di ganu

hai sume ...disebabkan aku dah terlalu lama tak berhapdet ...padahal baru seminggu je....jadi sume cite yang nak disampaikan adalah basi semata mata...tapi takpe selagi aku simpan koleksi gambar gambar yang aku dah tangkap berkurun tu ...bolehlah aku wat modal nak jual kat sini ....

kisah ni waktu kami balik kampung di ganu bulan lepas kalau ikut tarikh tak cukup sebulan lagi ni...hahaha...ok ok ...kisahnya cuma nak bagitahu kat korang yang aku cuma nak merasa nasi dagang ori yang orang kampung buat ...jadi kalau nak merasa nasi dagang yang ori tu kena bangun pagi pagi sebab kat kampung kul 9 keatas sarapan sume dah takde..orang dah bungkus  barang nak balik umah je....

jadi kejut asben cepat cepat pas tu suh asben aku gi cari nasi dagang kat kampung tu ...last last jumpa gak ngan nasi dagang tu...sedap betul ...apa yang ori ...ntahlah tapi kalau yang orang kampung buat ...memang sangat best ...dia jual macam nasi lemak tu ...bukan macam kat sini sekali beli nah pat lima hinggit ...kat kampung baru berapa je...



nampak tak ...emmm dappppnyaaa...(efek sangat sedap)....


ha ni lagi satu sarapan yang ada....dia memang gulung tiga segi camni ...



 nasi manis...ke apa ntah ...macam wajik pun ada...tapi ada kelapa parut...


* sekian lah entri makanan di tengahari ni ...harap harap korang dapat makan makanan yang diidamkan ...bai bai bai ....

09 February 2011

watak dan karekter melalui warna

hai sume dah lama tak suka suka kat sini, hari ni kita suka suka nak? suka suka nak tengok warna kegemaran kita...warna kegemaran aku tentulah pink tapi takde pulok kat sini ... tapi aku jugak suka sangat ngan kaler purple ,opssss .... korang plak ada ke warna kegemaran korang kat sini...kalau ada mari kita tengok sesama okey....

Semua orang mempunyai salah satu jenis warna yang sangat disukai dari sekian banyak warna yang kita kenal dalam dimensi kita. Banyak yang kurang menyadari, sebenarnya dari Warna Favorit kita dapat melihat watak seseorang.

Warna Biru
Warna kesukaan kamu Biru, biasanya termasuk tipe pemurung, selalu menyenangkan dan selalu bertindak pasif dalam segala hal. Selalu mengharapkan kedamaian dan ketenangan. Kamu memiliki kesulitan dalam pergaulan. Demikian pula dalam bercinta karena kamu sering sekali menyembunyikan perasaan.

Warna Hitam
Kamu termasuk tipe orang yang sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik, rapi, cukup banyak lawan jenis berusaha mengejar dan merebut cinta kamu.

Warna Merah
Kamu sangat berwibawa dan juga senang melindungi orang yang lemah. Walau sering kali bergaul dan bercanda tapi kamu bisa menahan diri. Banyak orang mengatakan cinta, tapi kamu selalu berpikir dan berpikir lagi. Kamu termasuk tipe yang sulit jatuh cinta.
 
Warna Hijau
Jika warna favorit kamu hijau, maka kamu adalah tipe yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang sejuk. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercaya.

Warna Kuning
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahwa kamu memiliki sifat optimis. Kamu tipe periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang loyo. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu, karena menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun juga, walaupun seseorang itu dungu atau bloon.

Warna Putih
Kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, jika menyukai warna putih, banyak orang mengagumi kamu karena sifat angun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang membutuhkan bantuan kamu.

Warna Ungu
Warna Ungu adalah pribadi dengan tipe yang benar-benar luar biasa. Selalu optimis, dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai benar dalam mengikuti perkembangan jaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang bisa mendekati dan menjadi kekasih kamu.


01 February 2011

berbudi dengan tanah sekangkang kera

alolo comel kan tajuk...kalau orang lain tanah sekangkang kera tu bermaksud tanah yang berekar ekar atau padang padi yang berelung relung tu tapi aku punya tanah memang kecik sangat...

bukan tanah pusaka yang aku nak bagitau kat sini sebab aku memang takde kaitan ngan tanah tanah ni kecuali tanah kubur tapi ni tanah untuk aku tanam tanaman kat umah aku ni ha...

aku ni memang minat nak bercucuk tanam tapi kalau dah tinggal kat umah yang umpama sarang burung merpati ni susah gak aku nak mengcangkul bagai ...kang silap silap cangkul mau balkoni aku himpap keta orang kat bawah....

tapi suke gak bila aku (si padil yang tanam bukan aku pun) dapat tanam dua tiga jenis pokok kat dalam bekas bekas yang comel ...dapatlah merasa makan hasil sendiri  ...yelah ingat senang ke tanam pokok ni..kalau umah ada tempat nak tanam pokok baik tanam cepat cepat dan dapatla merasa hasil tu...

kalau cam aku ni...pasu ikut suka hati nak pakai tin susu ke..nak ambik tong cat ke..janji boleh masuk tanah...pas tu kalau nak tanah ...cam aku plak aku kutip tanah dari kampung je...kalau tak cukup pegi nusery beli je...pas tu mana plak nak kutip pokok pokok tu sume ...ha mintaklah dengan jiran atau sedara mara yang banyak koleksi tanaman ...tapi ingat jangan pulak korang berangan nak tanam pokok betik atau pokok mangga sedangkan ko cuma nak letak dalam tong cat je...lupakan jelah...huhu...



nampak tak tu ...dah keluar sebijik dua cili padi..tapi kena tunggu bebulan gaklah...



ada serai dua tiga batang....serai ni kalau nak tanam senang sangat ..mak aku gitau serai yang kita beli kat pasar tu kita rendam je dalam air sampai keluar akar dia pas tu cucuk je kat dalam tanah ...menjadi tau...cuba lah..skang tengah nak tambah koleksi ...tanam pokok pandan ...daun kesum pun ok gak ...



ni hasil tanaman gak nih... usaha sendiri yang paling berbaloi baloiiiii....auwwwww...



*pesanan penaja : selamat bercucuk tanam okeh....