Google
 

01 February 2011

berbudi dengan tanah sekangkang kera

alolo comel kan tajuk...kalau orang lain tanah sekangkang kera tu bermaksud tanah yang berekar ekar atau padang padi yang berelung relung tu tapi aku punya tanah memang kecik sangat...

bukan tanah pusaka yang aku nak bagitau kat sini sebab aku memang takde kaitan ngan tanah tanah ni kecuali tanah kubur tapi ni tanah untuk aku tanam tanaman kat umah aku ni ha...

aku ni memang minat nak bercucuk tanam tapi kalau dah tinggal kat umah yang umpama sarang burung merpati ni susah gak aku nak mengcangkul bagai ...kang silap silap cangkul mau balkoni aku himpap keta orang kat bawah....

tapi suke gak bila aku (si padil yang tanam bukan aku pun) dapat tanam dua tiga jenis pokok kat dalam bekas bekas yang comel ...dapatlah merasa makan hasil sendiri  ...yelah ingat senang ke tanam pokok ni..kalau umah ada tempat nak tanam pokok baik tanam cepat cepat dan dapatla merasa hasil tu...

kalau cam aku ni...pasu ikut suka hati nak pakai tin susu ke..nak ambik tong cat ke..janji boleh masuk tanah...pas tu kalau nak tanah ...cam aku plak aku kutip tanah dari kampung je...kalau tak cukup pegi nusery beli je...pas tu mana plak nak kutip pokok pokok tu sume ...ha mintaklah dengan jiran atau sedara mara yang banyak koleksi tanaman ...tapi ingat jangan pulak korang berangan nak tanam pokok betik atau pokok mangga sedangkan ko cuma nak letak dalam tong cat je...lupakan jelah...huhu...



nampak tak tu ...dah keluar sebijik dua cili padi..tapi kena tunggu bebulan gaklah...



ada serai dua tiga batang....serai ni kalau nak tanam senang sangat ..mak aku gitau serai yang kita beli kat pasar tu kita rendam je dalam air sampai keluar akar dia pas tu cucuk je kat dalam tanah ...menjadi tau...cuba lah..skang tengah nak tambah koleksi ...tanam pokok pandan ...daun kesum pun ok gak ...



ni hasil tanaman gak nih... usaha sendiri yang paling berbaloi baloiiiii....auwwwww...



*pesanan penaja : selamat bercucuk tanam okeh....

6 comments:

Cik Sue said...

Salam Eila...
Wah rajinnyer bercucuk tanam...inisiatif yang bagus dan contoh yang harus diikuti...heheheh

mama qistina said...

cik sue: tanam mana satu ye hehehe...kalau tanam pokok tu tengok mood rajin jugak kalau malas habis pokok tu kering cam tu je....

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

kalau tanam pokok tomato mesti cantik kan.

mama qistina said...

BSB: tak de benih tu...kena beli ...tapi kalau tanam memang comel je...

|| NaFiRaa || said...

fuh~ rasa cam kagum jek bila tgk cili tuh berbuah~ zura nih nama jek rumah atas tanah.. tapi malas plak nak tanam.. kikiki..

mama qistina said...

nafira:emmm sonok tengok hasil tanaman dah tumbuh tinggal nak makan je...berangan petik petik macam kat cameron plak...hehehe...