Google
 

25 February 2011

Nilai Seorang Suri Rumah (entri kopipes)






Hendak dijadikan sebuah cerita yang sebenarnya tidaklah menarik mana pun, tapi kalau dibaca sampai habis nanti tahulah bahawa cerita ini memang menarik. Marilah sama-sama ikuti luahan hati seorang suri rumah yang bernama Zulaikha binti Zulkifli dan menggunakan samaran atau nama manja iaitu Ikha. Berbalik pada Ikha seorang suri rumah yang sudah beranak empat. Kisah cintanya memang menyayat hati, tapi kita ringkaskan sebab itu bukan point utama cerita ini.
 
Ringkasan cinta Ikha - Ikha bertemu dengan Riduan bin Hashim pada usianya sembilan belas tahun, bercinta selama tujuh bulan dan terus berkahwin walaupun dihalang oleh bakal mertuanya. Sebabnya, emak mertuanya mahu Ikha dan anak lelakinya sendiri sambung belajar walaupun Riduan ketika itu sudah mendapat segulung Ijazah. Bila sudah kahwin, sah-sah Riduan atau pun panggilannya abang tidak membenarkan Ikha menyambung pelajarannya ataupun bekerja.

Mulai hari itu Ikha menjadi suri hati abang dan juga suri rumah dengan sahnya. Ikha redha dengan kehendak abang jadi Ikha bertekad untuk menjadikan suri rumah sebagai profession yang serius. Pelbagai langkah yang diambilnya untuk membina kerjaya sebagai suri rumah. Ikha yang pada mulanya tidak pandai masak telah bertungkus-lumus belajar memasak. Bukan itu sahaja, Ikha juga cuba mengambil hati emak mertuanya yang tidak berapa setuju dia menjadi menantu.
 
Kegigihan dan keikhlasan Ikha akhirnya membuahkan hasil apabila dia diterima dan menjadi menantu favourite. Manakala Ikha telah melahirkan empat zuriat yang kini terdiri dari umur 10 tahun, 8 tahun, 6 tahun dan 4 tahun. Dalam pada menguruskan hal rumahtangga Ikha juga mengambil kesempatan dengan menulis beberapa buah novel. Itu yang menjadikannya begitu bangga dan bahagia.
Suatu hari, ketenangan hatinya terusik apabila Ikha menerima satu panggilan dari seorang kawan. Ikha bermuram dan bermasam muka sepanjang hari.
 
"Kenapa ni sayang, abang tengok Ikha ni macam ada masalah je?" Tanya Riduan.
"Abang, minggu depan kawan-kawan sekolah menengah saya ada buat gathering dan saya dijemput sekali." Suara Ikha perlahan.
"Hah! Pergilah. Yang Ikha masih fikir-fikir lagi tu kenapa? Ingat abang tak bagi ya. Abang bagi pergilah. Takpe, cakap hari apa? Abang jaga budak-budak." Pujuk suaminya.
"Bukan, bukan itu masalahnya. Abang, saya seganlah nak pergi. Dia orang semuanya dah berjaya, semua dah ada career. Saya seorang je yang kahwin awal. Semua kawan-kawan saya sambung belajar." Muka Ikha sedih.
 
"Hish! Isteri abang ini lagi berjaya. Ikha, Ikha ni seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, seorang menantu yang baik. Itu kan dah berjaya. Lagipun Ikha juga seorang guru bila mengajar anak, seorang akauntan bila jaga kewangan kita, seorang chef dan pelbagai lagi." Riduan bangun dan terus ke surau.
Ikha masih termenung, kata-kata abang tidak sedikit pun menyakinkan dirinya. Ikha dalam dilema sama ada hendak pergi atau tidak. Kalau ikutkan hati rasa rendah dirinya dia tak mahu pergi, tapi rasa rindu untuk bertemu dengan kawan-kawan sekolahnya.
 
Dalam pada tidak ada keputusan Ikha pun sediakan baju untuk ke gathering itu. Ikha keluarkan baju kebaya berwarna pink dan bermanik-manik. Dia mahu kelihatan jelita dan anggun pada mata kawan-kawannya nanti.
Pejam celik, pejam celik tibalah hari perjumpaan itu. Walaupun dalam hati masih ragu untuk pergi tapi Ikha mengambil keputusan untuk pergi atas dorongan abang.
Rasa berat hatinya untuk meneruskan hasrat untuk bertemu dengan kawan-kawannya. Kereta Ikha sudah diletakkan di tempat parking. Sebelah kereta BMW dan sebelah pula kereta Toyota Wish. Ikha terasa kerana dia hanya membawa sebuah kereta berjenama tempatan. Dihayunkan juga langkah masuk ke dalam Hotel Nikko yang bertaraf lima bintang itu.
 
Ikha mengumpulkan semua semangat untuk berdepan dengan rakan sekolahnya.
"Ikha, how are you? Bestnya dapat jumpa student terpandai kat sekolah. Hei! Tengok ni siapa ada kat sini, Penolong Ketua Pengawas tahun 1994.' Tegur Azira yang merupakan saingan Ikha dalam pelajaran.
Ikha hanya menelan air liur dan tersenyum, memang dulu dia pelajar popular dan hebat tapi sekarang dia hanyalah seorang suri rumah. Ikha hanya mendengar kawan-kawannya bercerita. Mereka bercerita tentang kejayaan career dan apa yang mereka miliki sekarang.
"Aku dulu takut tengok Ikha ni bedah katak masa kelas biologi tapi sekarang aku dah bedah orang pun." Sabariah dengan bangganya bercerita tentang kerjayanya sebagai seorang doktor bedah.
"Dilani, kereta you tu model barukan? Ok juga Honda tu. I baru ambil SUV baru, senang nak balik kampung. Eh! Popular student kita ni dah jadi apa sekarang? Mesti youhebat sekarang." Rita memandang tepat ke arah Ikha.
 
Semua mata tertumpu pada Ikha dan semua senyap menunggu Ikha membuka mulut. Mereka memang berminat ingin tahu apa yang Ikha lakukan sekarang.
"Mmm.., I after STPM tak sambung belajar tapi I kahwin, Sekarang ni I jadi housewife anak empat. My hubby is manager kat sebuah syarikat kapal. I..." Mata Ikha terkulat-kulat ketika bercakap.
"Anak you mana? Lelaki, perempuan? Mesti comel dan bijak." Tanya Azira.
"Ikha...habis tu you jaga anak sepenuh masa la? Wow!" Rita pula menyampuk.
"Ikha...kenapa suara you perlahan, ceritalah lagi apa rutin harian you," Emily berminat nak tahu.
Ikha mula betulkan duduknya, dia bercerita mengenai dirinya kerana semua kawan-kawannya berminat nak tahu tapi Ikha akhirnya terdiam bila merasakan kawan-kawannya saja ingin mengambil hatinya memandangkan dia hanyalah seorang suri rumah. Ikha menunduk.
"Ikha kenapa?" Tanya Azira di sebelahnya.
"I hanyalah suri rumah berbanding you all." Muka Ikha begitu sedih.
Ikha hampir menangis tapi kawan-kawannya mula teresak-esak menangis. Mula-mula seorang kemudian seorang dan kemudian semuanya menangis. Ikha terdiam dan berasa hairan.
"Ikha, U beruntung sudah berkahwin dan ada anak. Tak macam kita orang ni, belajar tinggi tapi tak kahwin-kahwin. Sekarang ni dah jadi andartu. Duit banyak pun tak guna." Salwa yang senyap dari tadi bersuara sedu sedan.
 
Pada hari itu Ikha pulang ke rumah lalu terus memeluk suami dan anak-anaknya sambil menyatakan kepada mereka bahawa dia bangga menjadi seorang isteri dan suri rumah.
 
 
entri ini hanya untuk mengingatkan aku kiranya suatu hari nanti mungkin aku akan menjadi seperti ikha....

7 comments:

farid fizi said...

betapa BeSar pngorbanan...huhu...:)

MyMekar.com said...

Salam Qistina,

Saya dh baca artikel ni.Ingatkan tentang kisah hidup kamu. rupanya cerita si Ikha. Salah paham sya nih :-)

Saya pun surirumah juga. Takde apa yg mahu di malukan. Yang penting happy

from: mymekar.com

Kak Imun said...

Salam, mama qistina. Cerita yang menarik. Bila kita rasa itu kekurangan kita, kadang2 orang akan anggap itu adalah kelebihan kita.

Kak pun surirumah saja, so, jagalah rezeki kita ini seadanya....:)

marinahunny said...

assalamualaikum mama qistina,

bagi saya surirumah la pekerjaan yg paling mencabar...cita2 saya pun nk jd surirumah jugak tp belum masanya ..

teriam kasih singgah ye ;)

iela said...

Farid Fizi:tulah jangan ingat jadi suri rumah ni senang ...

iela said...

Mekar:ini bukan kisah saya...kopipes je..

kalau saya jadi surirumah saya tetap akan terus berblogging...i luv my blog ...wahhhh

iela said...

Myfrin's Story :betul tu kak ...rezeki tu daatng dari usaha kita sendiri...


Marinahunny:semoga cita cita mu akan tercapai jua..aummm...