Google
 

23 July 2010

hari kahwin iela part 3

Tarikh :13 December 2008
Tempat : Taman Ria Jaya ,Sungai Petani Kedah.

ini koleksi gambar waktu potong kek.... saje nak letak gak ,nama pun hari kawin iela jadi haruslah semua yang ada masa kawin ari tuh aku letak sumer kat sini baru boleh wat buku kan.......
mula mula tangkap gambar tangan...... inai buatan sendirik nok.......inai kampung tahan berbulan aku pakai tuh......
nampak tak pisau potong kek aku, bukan pisau biasa tau pedang terus laki aku dapat........kami potong kek waktu malam pas dah siap keje sume ,sume tunggu nak ngadap kami eh ....kek kami.......
feling siti noraliza jap masa ni malu tau sedara mara ,jiran jiran sumer ada rombongan belah suami dah balik dah
eh gelap lak ......waktu ni pakai kamera sendirik je sebab jurugambar aku tempah hanya pada waktu siang saje........
asal muka aku putih melepak ......senyum, tengoklah pelamin aku dah berterabur ,tiang nya satu kat atas satu kat bawah.......
auwwwww posing cam orang dulu dulu lagi tu .....sebab ada satu makcik tu yang dok ngajar kami laki bini posing jap jap cam ni jap jap cam tuh ....... kelakar jek........
masa ni ada yang ngusik soh kami bertentang mata .....tetiba je aku jadik pemalu .......sampai skang pun aku masih teringat cemana susahnya aku nak bertentang mata ngan laki aku.......auwwww
hish bila la boley tido ni opsssss........aku pun senyum macam dipaksa paksa je..... penat ooo dari pagi sampai ke malam dorang buli kami nih........
ni kek hantaran dari padil tuk aku .......yang aku nyer dah selamat ngan dorang dah........
ya ampunnn.....potong kek ataih lantai ko....... ha dah sumer pun bersila marilah kita bersila gak yang si padil tu pehal tido dah ker.......ke sayang nak potong kek tu........
hadoiiii.....ni lagi gempak yang mak aku tuh ngan kain batiknya pun nak berebut gak pedang samurai tu ....apa kes......yang sumer nak pegang pedang tu sebab tiga lelaki ni adalah ari jadi dorang.... laki aku 15/12,abah aku 14/12 ,adik aku mamat 13/12 ha ....tu yang nak terai potong kek kenkonon kek ari jadi dorang lah......
yeay potong kasi habis..... mak aku mengalah akhirnya dan melayan anak buah yang kalut nak kek dari tadi......

ha cemana meriah uolls, semua hepi ngan kek yang dorang makan bunga bunga yang melekat kat tepi kek tu aku kutip dua tiga ketoi ,konon nak simpan dalam bekas buat kenangan last-last semut urung sampai belubang bunga aku tuh .......kan manis benda tu......dan berakhirlah satu hari di hari kawin aku ...........

hari kahwin iela part 4

Tarikh Sanding :21 December 2008
Tempat : Kuala Berang,Terengganu

dah sedia nak sambung kisah kawin aku ...........ok skang aku story lak kisah kawin kami di tengganu......kami pegi ngan tiga biji kenderaan je satu van and dua biji keta... sedih gak sebab ada sedara mara yang tak kesah pun pasal hari kawin aku ....dorang taknak ikut kata jauhlah tak cukup bajet la..... ah malas lah nak story sedih palak rasa bila kenang balik kisah lama cuma pak sedara aka pak su aku dan klorga dorang yang sporting ni lah yang support we all sumer........terima kasih banyak banyak untuk pak su sekeluarga yang sudi join rombongan kawin kami........

tengoklah laki aku tu semangat pengantin tengah membara sampai dua belah tangan nak berinai ....yang dok pakaikan inai tu kak ipar aku gak tuh 
ni masa ondeway nak gi umah pengantin lelaki,berenti kat tasik banding untuk rehat,masa ni seminggu dah kawin macam keras je dua dua tu malu kot nak begambo tepi trak askar tuh..... kat atas jalan raya tak jumpa benda ni tau.............
masa ni rombongan kami baru sampai di kuala berang , tula dia paksu aku ngan anak bongsu dia tepi skali tu adik nombor pat aku shidin.......
inilah barisan kita.....lalalala jom kita gi umah pengantin........
ya ampun apa yang merepek tu iela .......takde apa .....jangan panik ........masa ni kalut nak bersalam ngan tuan umah ......yang sambut rombongan kami kak ipar aku..........
kami sanding tanpa pelamin nok.......aku pun mekap sendirik jer......patutnya kami pakai pun baju yang simple je tapi memandangkan ini lah hari untuk aku melaram baju pengantin belasah je lah..........
ok berdiri plak,... patut baju ni dipakai dengan cucuk sanggul yang jenis gedik-gedik tu tapi aku dah modifite pakai selendang supaya nampak lebih sopan bley cenggitu....................
ngan adik adik aku, dua dua pun bujang lagik........ kami yang tak leh berpisah ngan keris........
 masa ni turun nak pi makan la .....bang mana satu krusi tuk pengantin bang ?kita dok je memana pung, sini makan layan dirik ........er gulp .....ye ker cenggitu ........yang duduk baju biru tuh adik bongsu aku
mak aku yang amikkan nasik untuk kami,sebab sini sistem layan diri dan makan tabur ha sape orang ganu retilah kot....... satu meja tu ngan meja belakang rombongan kami konker .....ha makan makan jangan malu malu.....pinggan tepi aku tuh si padil punya yer......dia tak makan lagik hishhhh takkan aku nak redah sampai dua pinggan tu malu kat pak mertua oiiiiiii
ini geng dari kola lumpur yang sudi datang jauh jauh dorang ni sumer gang laki aku dari zaman bujang lagik.........
eh lipstik terabuq lak .......masa ni rombongan dari kedah dah nak berangkat pulang ,........aku antar dorang sampai ke keta tapi tak sempat nak bergambar lagik yang aku ingat aku dah tersedu sedu nangis aku kan sorang je anak pompuan mak aku dan yang sulung lak tuh ,so ini merupakan hari besar untuk klorga aku..... bila dah kawin ni sumer dah jadi tanggungjawab laki aku tuk jaga aku....tu yang satu klorga rasa cam berat je nak lepaskan aku ......masa ni aku dapat tengok mama ngan abah aku sedih sangat tapi dorang takdelah nak meraung raung cam citer hindustan tu nehi nehi......bila dorang dah gi jauh aku pun menapak semula ke rumah pak mertua dengan harapan dapat menjadi menantu kesayangan.........auwwwwwww

gitulah ye kengkawan,... bila kita kat umah ngan klorga ,suka suka je kita nak buat apa ......ha bila dah dok ngan klorga orang ni kenalah kita pepandai sendirik nak bawak diri tuh........sekarang baru aku paham kenapa orang kata bila kita kawin .....kita jugak kena kawin ngan klorga dorang bukan kena kawin ngan sumer orang tapi kena buat klorga dorang tu macam klorga kita gak.........

22 July 2010

gatai tangan

ntah apa tah aku gatai sangat nak tukar templat, pas tuh jadi cam hape jer......tulah yang dok ada tak besyukur..... nak yang lagi elok ,last last kena tukar balik cam yang dok ado ni.......aku saja lah nak tukar kan ayik dok nengok blog orang pas tuh semuanya cantik cantik....... aku pun dok tak diamlah...... tu yang jadi lintang pukang aku punya blog nih, sok sok kena ejas sket apa yang tak kena tuh.....hadoiiii gedik sangat hambik kauuuu iela..........nasib aku cekap ingat apa yang dok ada kat templat lama kalau tak mau meroyan la aku nih........

21 July 2010

Makanan Semasa Dalam Pantang

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.
Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

Jenis ikan
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.
Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Ulam-ulaman
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:
Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis sayuran dan buahan
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.
Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis ayam dan burung
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

laksa pulak

kan dah citer petang kelmarin dapat cekodok.......masa nak ambik anak petang semalam kak ida bagi sepinggan laksa pulak,.... alamak saya ni masih berpantang laksa cemana nak makan dengan baunya yang harum semerbak adoiiii tak tertahan dugaan woo........bukan pantang apa ......kan orang baru habis pantang tak digalakkan makan laksa dan benda-benda sejuk ni sebab takut masuk angin nanti kembang urat .....nanti boleh demam dan sakit sakit badan ........dahlah aku masih nyusukan anak nanti kalau demam susu sapa lak nak hulur kat anak akukan susu babah, mmmm.......hampehh.....tapi anak aku memang ada susu tambahan(susu cap lembu) aku tak kisah tapi kalau boleh aku usaha gak nak bagi anak minum susu cap gantung jenama mak dia ni........laksa tu pulak hubby aku yang belasah sampai licin ......rajin gak baby sitter aku memasak dan sempat gak dia memasak yerrrr?....adakah anak aku tidur sepanjang hari? ahhhh takpelah aku tak nak pikir yang bukan-bukan ok..... dah memang dia cekap buat keje lagipun dia ada anak bujang umur lam lapan taun gitu dah boleh diharap pun nak tolong maknya kan......jadi disebabkan kenyang sket je sebab makan laksa maka aku pun mula masak lam kul 9 malam gitu.......masak ayam goreng.....sayur kobis ngan budu emmmm dapnya......aku ni mula start makan budu pun masa tengah pegnan ari tu ,tetiba gi bedal budu laki aku tengah makan rasa cam masam-masam masin pas tu ada plak cili potong.....walllaweiiiii terangkat habis terus sejak dari hari itu sehingga kini budu je lah yang jadi penambah selero aku ngan hubby.......ishhh terasa cam kecur air liur teringat kat budu .......sapa suka budu.....meh la sini......leh kita bekelah cicah budu ngan ikan goreng......

baby sitter bagi cekodok

semalam aku amik puteri sebab babah dia balik lewat,........masa aku nak amik anak tetiba baby sitter anak aku bagi cekodok pisang ......emmmm .......dahlah aku tengah kebulur tunggu taim makan malam, elok pulak tu ada cekodok....... belasah dululah...... aku tinggalkan sikit untuk hubby...... ngam ngam hubby balik, ada separuh lagi cekodok ,aku pun seloroh ngan dia babah rasalah cekodok ni mama masak tadi hehehe ......... dia tak layan ko......aku paksa gak ,dia cakap jap lagi.....dia tak nak pun makan cekodok tu last last aku bagitau kak ida yang bagi ........cissss cepat pulak ko ngap ye hampehhh tol........adakah aku dah tak reti memasak ,atau masak tak sedap suda........apapun aku takde lah kecik hati pung........bila laki suka nak makan air tangan orang lain........ itu yang menjadikan aku lebih termotibasi nak memasak.......ayuukkkk kita kedapur buk.........apa yang aku nak masak untuk balas pinggan kak ida itu.........????

20 July 2010

cucuk tiga bulan

Ari ni appoinment cucuk puteri .bangun pagi cam tu kejut dia dulu supaya boleh mandikan dia takut lepas cucuk dia terus tido....... nanti tak mandi lak anak mama tu........dah sampai biasalah,.....gi klinik kerajaan saje,...... sampai-sampai timbang dulu,pas tu ukur kepala anak,dada,ngan panjang ,panjang baby 60cm,.....anak mama memang tinggi orangnya , anak mama cuma naik 0.7g je dalam masa sebulan so berat adalan 4.7 kg yelah lahir pun kecik je,...... jadi perkembangan berat tu macam lambat sikit tapi anak mama minum kuat sekarang dah kena bancuh 4oz da.........Dah siap sumer cuma nak tunggu masuk lam bilik untuk jumpa ngan nurse jer....... nak tunggu kena panggil punyalah hazab nasib baik masa menunggu tu baby mama tengah tido tak meragam ........dekat sejam lebih baru nombor giliran mama sampai jadi kami pun masuk untuk jumpa nurse.........pas dia tanya itu ini sumer,nurse suh mama baringkan anak ,dia nak tengok sejauh mana perkembangan anak mama ni ,.....okla tak de apa masalah selari dengan usia perkembangan dia tu ........tak lambat dan tak cepat......anak mama boleh pegang jari mama ngan kuat ,boleh senyum dan bersembang bila orang agah-agah dia .......dah siap sume tinggal nak cucuk baby je...... masa nak tunggu nurse habis soal-siasat, anak mama tetiba meragam .......alamak belum kena cucuk dah merengek cemana ni, panggil babah lah jap ........,babah pun amik anak, sib baik dia nak diam ,pas tu kami kena pegi bilik 4 bilik, 4 tu bilik suntikan........ dan anak mama asyik nangis dari tadi ,dia pun tahu dah, nurse tu siap cakap ngan baby, "jangan nangis acik cubit sikit jer",........aahhh cubit lah anak aku nangis gak dia tak makan dek pujuknye ......ngam ngam dah siap cucuk terus senyap tak ada pun bunyi .mata pun layu je cam nak sambung tido balik, ......dari tadi punya menjerit dah cucuk diam terus pandainya anak mama sorang ni penakutnya cam maknya jugak.dah settle sume balik umah ,.......masa ondeway, sempat lagi mama singgah beli nasik lemak itu dah kira makan tengah hari sekali la.........warung jehan taman dato senu terbaekkkk wooo........

18 July 2010

Epidural Kurangkan Sakit Bersalin ??

Suntikan epidural diberi apabila pesakit mula menunjukkan tanda hendak bersalin. Epidural menahan kesakitan bersalin dengan menghalang buat sementara waktu saraf yang bermula dari rahim ke otak.
Antara faktor yang menambah kesakitan ketika bersalin:

• kelahiran anak pertama
• induksi bersalin (penambahan ubat Pitocin) untuk mempercepatkan bersalin
• kehamilan pada usia muda
• obes dan kesakitan tulang belakang sewaktu datang haid.

Epidural tidak digalakkan untuk:
• ibu yang acap kali bersalin
• ibu dengan bukaan servik telah mencapai 8 sentimeter kerana tempoh bersalin sangat cepat dan faedah suntikan epidural kurang bermakna.

Kebaikan suntikan epidural
• menahan kesakitan pada peringkat pertama dan kedua kelahiran
• tidak memberi kesan mengantuk pada ibu
• memberi bius untuk kelahiran secara forceps, jahitan episiotomi dan
• meneruskan khidmat pembiusan jika memerlukan kelahiran secara pembedahan caesarean.
• menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan peredaran darah kepada bayi dan
secara tidak langsung mengurangkan risiko bayi lemas
• ibu yang ada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi,
epidural adalah ubat tahan sakit paling selamat dan sangat diperlukan.

Bagaimana suntikan epidural diberi?
• Ibu mengandung akan diminta duduk atau mengiring mengikut keselesaan
masing-masing selepas penerangan mengenai epidural diberikan.
• Kemudian satu tiub halus (diameter berukuran 0.45 milimeter) dimasukkan ke
bahagian belakang (lumbar) ibu dengan suntikan jarum di kawasan epidural (luar
kawasan saraf tunjang dan cecair meninges).
• Sebelum itu, suntikan ubat bius setempat diberi di kawasan kulit tempat suntikan
jarum. Kemudian jarum epidural dialihkan dan meninggalkan tiub halus di kawasan
epidural.
• Melalui tiub halus ini, kadar pengaliran ubat bius — biasanya bupivacaine atau
ropivacaine — memberi kesan kebas pada saraf yang meliputi kawasan rahim dan
servik.
• Kebanyakan orang dapat merasai suntikan pertama, tetapi hanya segelintir berasa
gelisah. Ramai wanita langsung tidak merasai tiub yang dipasang di belakang badan.
• Tiub ini dikeluarkan selepas bayi dilahirkan atau selepas jahitan episiotomi. Jika
ibu terpaksa menjalani pembedahan caesarean, pembiusan epidural ini diteruskan
sehingga selepas pembedahan.

Epidural tidak diberi kepada mereka yang ada
• risiko pendarahan seperti mereka yang ada haemofilia, sepsis (jangkitan kuman
dalam darah)
• jangkitan pada kulit di bahagian belakang badan
• pesakit jantung yang mengambil ubat mencairkan darah seperti warfarin dan aspirin
• wanita lumpuh
• mereka yang pernah melakukan pembedahan tulang belakang.

Lagi perkara yang anda perlu tahu:
Kira-kira 14 peratus wanita mengeluh mendapat sakit belakang kronik selepas bius epidural. Bagaimanapun, senario itu wujud di kalangan wanita yang mendapat suntikan epidural untuk menahan sakit bersalin dan bukan bius untuk pembedahan. Kerana, posisi untuk bersalin berbeza dengan puan yang melalui proses pembedahan. Apa yang boleh dikaitkan dengan proses bius ketika bersalin secara pembedahan adalah ketika sesi bius itu, ia menahan proses sensasi motor dan ini mungkin menyebabkan kedudukan atau posisi puan ketika proses atau selepas pembedahan dalam keadaan yang boleh mengakibatkan sakit belakang yang kronik. - Dr Fairuz A’shikin Abd Kadir, Pakar Perbidanan &; Sakit Puan, DEMC.

• Epidural tidak menjamin 100% dapat mengurangkan kesakitan kerana kadangkala faktor
posisi ketika pemberian epidural dan abnormaliti pada struktur tulang belakang
yang bengkok (kifosis dan skoliosis) menyebabkan kesukaran mendapat posisi jarum
epidural di kawasan lumbar tulang belakang.

• Kadangkala, kekebasan hanya dirasai di sebelah badan. Ibu mengandung perlu
mengalih posisi baring ke arah berlainan supaya mendapat kekebasan menyeluruh.

• Selepas suntikan epidural, kekerapan pemeriksaan tekanan darah ibu, degupan
jantung bayi, kadar kontraksi rahim diberi lebih perhatian bagi menjamin
keselamatan ibu dan bayi.

• Kebanyakan wanita yang memilih suntikan epidural menyatakan ia memberi kelegaan
kesakitan. Hampir semua yang pernah diberi suntikan epidural ingin melakukannya
sekali lagi pada masa depan. Kajian membuktikan epidural tiada kesan sampingan
jangka panjang.

• Dakwaan bahawa epidural menyebabkan sakit belakang adalah tidak benar. Ini kerana
selepas bersalin normal tanpa epidural pun, sakit belakang tetap wujud
disebabkan faktor berat badan, regangan pada kulit dan otot, serta postur ketika
mengandung.

Kesan Sampingan:
• tidak selesa akibat kekebasan pada bahagian bawah badan.
- biasanya kebanyakan wanita dapat menerimanya sebagai ketidakselesaan sementara.

• boleh menyebabkan tekanan darah rendah (hipotensi) dan tidak dapat membuang air
kecil dengan sendiri (mungkin memerlukan tiub kencing).
- biasanya pakar bius memberi ubat bius epidural berdos rendah yang berkesan untuk
mengelak masalah ini.

• sebahagian ubat bius epidural boleh menyebabkan kegatalan kulit
- ini dapat diatasi dengan menukar jenis ubat bius atau dirawat dengan ubat.

• Kurang 1/1000 orang mungkin mendapat jangkitan kuman pada kawasan epidural.
- biasanya ia tidak berlaku kerana prosedur epidural dilakukan dalam keadaan steril.

• ada juga mengadu mengalami sakit kepala yang kuat(Post Dural Puncture Headache)
- prosedur epidural yang sukar yang menyebabkan berlaku kebocoran pada kawasan cecair meninges.
- atasi dengan berehat dan minum air secukupnya dan mengambil ubat tahan sakit seperti paracetamol. Jarang sekali ia memerlukan rawatan perubatan lain.

Sumber:
DR MOHAMMED SULAIMAN IBRAHIM dalam Kurangkan sakit bersalin, Harian Metro

16 July 2010

hari kahwin iela part 2

Tarikh Sanding :13 December 2008
Tempat : Taman Ria Jaya ,Sungai Petani 

kali aku bawak korang menjelajah seharian di hari sanding aku dari malam berinai sampailah esoknya aku bersanding best wooooo........
apa apa pun mekap lu baru nampak cung.......ini kat umah aku .
 hah.. ada berani taim ni aku dah jadi dayang ana and the king nih......
ini geng marhaban sposor dari mama aku ....ha yang tengah pegang mulut tuh mak aku la..
syabas bete.....kawin gak ko ye ......
nape sakit mata ke??amacam ada gaya pompuan korea tak.....
auwwwwww........ lalalala bulan madu di awan biru ,hanya kita berdua......
aku nak feling artis gitu bley??jari yang terkulai tu adalah hasil kerja jurugambar aku nampak cam senang tapi bila nak buat kejung terus jari aku......haha
ni masa kerabat dorang sampai kat umah aku tengok tu pasukan kompang sampai dua kumpulan mak aku punye keje.....pengapit adalah bujang.....keyyyy
op op tunggu amik gambar lu ....tengah panas pun jadik gak bergambar nok kata kawin sekali seumur idup 
ini ayah aku....pesan abah ,ko jangan nak ngengada ingat ko tu bujang lagik...hehe
mama pulak ,ha dengaq cakap laki hang ,jangan ketegaq no......tengoklah si padil tu senyum dengan bangga dapat merebut gelaran dari mak mertua.....
ini che su padil dialah yang membesarkan padil sejak mak padil meninggal.......
makan taim .....meh sini ayang suapkan abang....auwwwww cuba skang ,bukan makan sendiri dah....abang masak sendiri ye ayang sibuk ngan blog ni.... pangggggg kena kat pipi kang......
ha.... ni lah lauk pauk yang dimasak special untuk aku .......emmm dap nya macam-macam ada....
eh buat apa berebut keris tuh.......tengok kamera tuh dulu pas tu kita perang keyy.........
terima kasih tak terhingga untuk mama dan abah yang sangat-sangat banyak membantu untuk hari kawin aku 
ni hantaran dari aku untuk pihak lelaki..... dan katil yang dihias cantik buatan sendiri tau.......
semua skali ada 11 hantaran.......tema aku kaler gold tapi biasalah ada jiran yang nak hulur aku terima je.. tu yang ada warna biru........sket aje
dan sembilan dulang dari pihak lelaki.......
selesai sudah majlis sanding kat umah mak aku....ucapan bebanyak terima kasih untuk semua ahli keluarga yang terlibat dalam majlis ini ,sedara mara yang begitu banyak membantu,jiran jiran yang hadir ,sedara mara yang datang dari jauh pun ada terima kasih bebanyak ......

hari kahwin iela

Tarikh Nikah :12 December 2008
Tempat  : Masjid Taman Ria Jaya ,Sungai Petani,Kedah


ni semua gambar dari masa nikah ,kawin,sanding next entri ,biarpun dah lama berlalu tapi aku tetap happy ngan apa yang dah aku lalui iaitu menjadi seorang pengantin baru ......syokkknya... 

ok korang layan dulu gambar key.....:-
    padil masih boleh senyum-senyum tapi dalam hati .....dup dap, dup dap...........
   alo lo nomel kan muka si padil tu, ha gigil jap g nak salam tangan tok kadi....... aku ,emmmm lagi neves kat situ.......

dengan sekali lafaz sah lah aku menjadi isteri kepada suamiku ini...........  syahdu je rasa masa tu......
         eh betul ke tok manja da kawin ni cam tak caya je.......
         mintak restu dari suami dulu...............
  yeay dapat duit.....senyum kemain si iela tu......ko tak tahu cemana penat laki ko carik itu duit........
terharu disitu ......dah la depan seme orang aku tak tertahan dan termenangis kat situ gak.......malu woooooo........
dapat cincin pulok......gigil wehhhh.......
atas katil dah ........eh posing lu......masa ni ramai no kamera man dok nangkap gambo tak tahu mana satu nak tengok ..........
selesai suda.....lega bila segalanya dah berakhir.......



terima kasih abang

Ini adalah ucapan terima kasih untuk abang -babah puteri-
kejadian berlaku dekat-dekat 12 tgh malam.......

Malam tadi puteri buat hal pulak, dia tak nak tido......sebab siang dah tido banyak kot ........boleh dikatakan tetiap malam adalah malam yang ngeri buat aku dan hubby bukannya ngeri kat antu tapi ngan si puteri nih.....yelah asal aku nak terlelap, dia pun mulalah bukak mata dah bukak mata,buka suara pulak......itu yang tak tahan tuh ......tapi ,aku tak kisah sebenarnya cuma malam tadi aku rasa macam tak sedap badan dan paling tak tahan bila aku sakit kepala bukan main lagi.......ntahlah nape sejak dua menjak ni sakit pala lak, agaknya mata ni dah nak rabun kot ,ada kaitan kerr??........atau aku ada penyakit lain......macam saspen jerr.....auwww........

Jadi, bila aku dah tak larat gitu apa yang aku pikir adalah rehat sambil menenangkan pikiran tapi cemana nak tenang bila sikecik tu meragam....... bila sakit kepala, badan jadi lemah, ......apa yang ada depan mata semuanya jadi kabur......tapi jeritan puteri mengatasi segalanya mungkin dia lapar kot....aku cuba gak nak bagi nenen tapi air susu tak kuar emmmm........malas nak pikir sangat nanti sakit kepala lagi......jadi dengan suara yang agak-agak kesian.....

banggggg ,tolong tengok puteri nih.....
mama sakit pala......
nape.......
ntahlah agaknya tengok komputer banyak sangat kot......motip!!!!!ini kisah benar okkkk.......

Dengan rasa penuh kasih sayang hubby pun angkat puteri yang nangis mintak didukung ......pas tu aku tak tau apa dah jadi ,masa aku bukak mata rupanya dah 2.30 pagi ...masa tuh hubby masih pangku puteri lagi aku nampak botol susu dah habis sebotol.......tapi disebabkan mata yang dah berat ni,aku pun malas nak soal banyak .......aku pun tak ingat apa sampailah pagi tadi bila aku bangun, aku nampak puteri tido baekkk punyer sebelah babah dia, emmmmm anak babah......

Itulah pengorbanan seorang bapak kepada anaknya yang tak sanggup nak dengar anaknya menangis berterusan tapi kalau maknya yang baru je mula nak nangis jangankan nak pujuk ,dibebelnya lagi ado tapi laki aku nih memang  tak reti nak pujuk dari dulu dulu..........hehe.....
Dan untuk babah yang rasanya masih tak cukup tido .....mama ucapkan bebanyak terima kasih sebab ada rasa simpati kat kami berdua ni ataupun kat puteri sorang je ke?...... ah tak kisahlah .......yang penting inilah yang dikatakan sebuah keluarga bahagia....saling membantu bila diperlukan kan kan !!!!.kalau boleh bersengkang mata la yee babah tetiap malam ......pangggg sedas penampo singgah dipipi ......,hambik kau.....

15 July 2010

saya ada petua...nak tak?????

Ok ok..... ni adalah petua yang aku dah mulakan sejak muda muda dulu tapi disebabkan aku ni pemalas jadi semua petua yang aku ada aku tak gunakan......huhu kata nak cantik tapi malas camno....

Petua yang pertama : bahan utama adalah putih telur ....korang ambil putih telur dan asingkan yang kuning tu, takmo yang kuning nak putih aje.yang kuning tu kalau tak tau nak buat apa ha telan je lah....... hehe .....  pas tu bahan kedua ambik kapas muka yang pat segi tu.... pas tu tekapkan kat dalam putih telur tadi sampai basah sumer kapas tadi  dan tempekkan kat seluruh muka atau nak letak kat idung aje pun ok gak....... biarkan kapas tu kat muka sampai betul- betul kering .......pas dah kering korang tarik pelan -pelan dan cuba tengok hasilnya....takdola muka korang nak licin serta merta tapi blackhead dan jerawat kecik kecik yang ada kat muka korang tu telah diserap oleh kapas tadi....."blackhead no moreeee...."

Ini sebenarnya petua untuk mengeluarkan korang punyer blackhead dan pimples yang kat muka tu...... cubalah gerenti puas ati dari korang buang duit membeli barang yang belum tentu boleh mencantikkan muka korang hahahahaha..............

13 July 2010

tak ada story

kalau tak ada story pun nak buat entri gak?????? emmmmm biasalah tu kalau dah nama pun hari bekerja,kalau siang sibuk kat opis ngan keje.... bila time lunch sibuk nak makan lak....bila time balik sibuk ngan anak ,nak siap makan malam ,pas tu nak pam susu ,nak tidokan anak ,nak tengok t.v pun bila citer dah tiba di penghujung jalan je..... yang didepan sumer aku memang tak sempat nak layan ......tapi bukanlah setiap ari aku akan sibuk cenggitu kalau aku siapkan sumer tu cepat -cepat dapatlah aku melangok depan t.v kalau sibuk kehulu ke hilir alamatnya tunggu siaran ulanganlah.....itu baru rutin dimalam hari belum lagi rutin di siang ari kalau aku tengah offday hambik kau lencunlah baju aku ngan air debu lantai yang aku mop,habuk dari ujung rambut sampai ke celah kuku, apa yang tak ada....... muka tah hapa tah cam buat keje kat sawah lak.....orang yang keje kat sawah tu pun lagi cung dari haku ni....... umah aku ni tetiap minggu mesti kena sapu ,kena mop lantai kalau tak habuk bermaharajalela la jawabnya.......tapi untung gak aku nak sapu tetiap minggu dari aku biarkan habuk tu terus bertepek kat celah-celah tingkap umah , kat lantai sumer ha .......cemana........ tapi taklah semalas itu.........

11 July 2010

beli baju raya

Oleh kerana hari minggu adalah hari untuk beristirehat tapi aku tak sia-siakan peluang tu ........lepas abis je keje rumah sumer ,aku pun cepat cepatlah bersiap lepas dapat greenlight dari hubby untuk pergi shopping .....hubby cakap nak gi area masjid india tapi aku tak nak sebab kat situ sesak kesian kat puteri,jadi keputusan adalah kami ke SOGO.........masuk je pintu sogo terus aku terkujat sale gila gila rupanya nak nak pulak sale untuk pakaian kanak-kanak dan bayi......emmmmm aku apalagi nak ditunggu ,........menyelit gak arr .....walaupun terpaksa bersesak ngan umat dari seluruh kl nih.........aku sorang jer yang belek baju anak ni.... hubby aku ngan puteri dok tepi tepi sebab stroller tak leh masuklah sempit ....... tapi tak pe ada gak spesis hubby aku kat seblah dia ......aku pun tak amik masa lama sangat kesian dorang kena tunggukan....... ......jadi aku sempat grab dua lai baju gaun untuk si puteri nihh..... satu yang dari disney dan satu lagi dari tenderly......... jadilah buat baju nak pakai raya nanti........aku rasa buat masa nihh baju si puteri dah banyak sangat... pantang aku keluar memana, tempat baju bayi dulu aku tuju ......kalau dulu tempat baju aku skang anak didahulukan ekkkkkk....... nak-nak anak pompuan cam aku nihhhh.....uihhhhhhh menggila aku tengok kain baju dorang yang cumel cumel tuhhhh .....brand apa kerrr, rege berapa ke, aku tak kisah yang penting baju baruuuuuuu.............tu lah bila dah jadi mak ni kan .......sronoknya bila keluar shopping mesti teingat nak beli untuk anak dulu mak paknya kendian je lahhhhhh.........

10 July 2010

Tips Mengenal Tangisan Bayi

Ini adalah mengenai tips untuk mengetahui dan mengenal jenis tangisan bayi : TERUTAMA KEPADA IBU YANG BARU MELAHIRKAN BAYI.

Setiap kali bayi menangis ,pasti si ibu akan terus menghalakan payudaranya atau mendukung bayi tersebut ,namun bayi itu masih terus menangis dan ini akan meyebabkan ibu menjadi runsing dan berasa putus asa.

Tapi bagaimana caranya untuk mengerti tangisan bayi ini?
Ya ibu ibu sekalian tangisan merupakan alat komunikasi pertama bayi anda.Dengan tangisan bayi dapat mengutarakan keinginan dan keperluannya.Tidak hairan bayi banyak menghabiskan masa untuk aktiviti ini.

Dibawah adalah beberapa contoh tangisan bayi dan cara untuk mengatasinya:

  1. Tangisan "aku ingin menyusu":bayi akan menangis sekiranya lapar .Tangisannya akan berulang ulang .Pertama,ia menangis lalu berhenti sejenak untuk mengambil napas,menangis lagi,berhenti sejenak untuk mengambil nafas,demikian seterusnya.Mengatasinya ,susulah bayi anda sehingga kenyang atau jangan jangan memang sudah tiba waktu makan untuk bayi anda!!!!!
  2. Tangisan " lampinku basah" :.bayi lebih suka sekiranya lampinnya bersih dan kering.Jika lampinnya basah ia akan menangis kerana merasa tidak selesa.Tangisan pengumuman lampinku basah biasanya perlahan ,kemudia semakin kuat.Anda juga boleh perhatikan bahawa ia akan mengeliat-geliat di tem[at tidurnya.Untuk mengatasinya,segera periksa lampinnya, ia barangkali memerlukan lampin yang baru .
  3. Tangisan" badanku sakit":semua bayi menangis jika ia merasa sakit .Tangisan jenis ini adalah tangisan bernada tinggi,hampir seperti jeritan,kemudian ia termengah-mengah pada saat ia menarik nafas,lalu menjerit lagi dan lebih kuat ketika menggoyang bahagian tertentu,mungkin ada bahagian yang sakit kerana terjatuh tanpa sepengetahuan anda.Tuamlah bhagian yang sakit dengan air hangat.
  4. Tangisan "aku bosan":Bayi selalu memerlukan stimulasi dan akan timbul bosan jika ia tidak memperolehnya,atau bahkan bosan dengan satu aktiviti saja.Tangisan ini dirancang untuk menarik perhatian anda.Maka tangisan ini lebih mirip kepada teriakan daripada tangisan.Dan ia akan tetap menangis seperti ini selama ia merasa bosan.Mengatasinya,ganti aktivitinya.Misalnya temani bayi anda bermain,menyanyi,membacakan cerita atau boleh diajak berjalan-jalan.
  5. Tangisan "minta didukung":bayi anda akan menjadi letih  jika penat,walaupun ia mungkin tidak ingin tidur. Ia akan merengek dengan menjengkelkan.Kepalanya mungkin terangguk-angguk untuk beberapa ketika, dan mungkin anda dapat melihat bahawa ia akan menggosok-gosokkan tangannya pada mata serta wajahnya.Mengatasinya, buailah ia perlahan-lahan sampai akhirnya ia tertidur.
  6. Tangisan kesepian: bayi anda senang bergaul.Ia ingin selalu berada di sisinya.Jika merasa kesepian,tangisannya akan terdengar menyedihkan.Seakan ia tengah sedih atau marah.Mengatasinya,luangkan waktu bersamanya paling tidak  sampai ia tenang.Jika anda perlu menyelesaikan sesuatu,gendonglah ia sampai tenang,kemudian  lanjutkan pekerjaan anda bersamanya disisi anda.
Itulah beberapa ciri tangisan bayi anda.Dan kini sudah tahu apa yang perlu anda lakukan sekiranya bayi anda menangis!!!! Jadi jangan hanya menyorongkan payudara lagi.ya!!!
Setelah beberapa bulan baru aku dapat mengenali tangisan bayi ni kalau tak aku pun asyik sumbat tetek jer kat baby.

    09 July 2010

    budak baru belajar

    Haha saya bukan budak tapi budak eh apa bendo nih..... kalau orang tua tak tahu membaca namanya buta hurup tapi saya yang muda ni buta IT ,ha kan jujur gitu .......saya ni baru je dalam dunia berblog ni, orang lain dah memacam citer ada yang dapat anugerah itu, anugerah ini ,tapi saya adalah agak ketinggalan tapi takpe demi nak mengisahkan tentang kehidupan saya sekeluarga untuk kenangan dimasa akan datang saya usahakan juga ........caiyokk,

    Ok ini adalah pengalaman saya dimana saya mula mengenal blog sambil terbayangkan lagu titanic keyyyy......kisah bermula dimana masa tu saya baru dapat tahu saya pregnant jadi slalu lah saya google-google tentang orang pegnan ni.... bila makin banyak saya bukak topik banyak pulak blog yang dapat saya lihat dan baca jadi saya pun macam tertariklah ngan stori mori yang dorang sampaikan tu,sampai ada satu blog nih..... bukan satu dah banyak gak yang saya baca  macam dalam senarai bloglist sebelah ni ....yang saya sanggup baca dari masa kisah belum ada anak sampai anak dua dah tapi saya masih tak berani nak link kepada blogger kerana siapalah aku ini.......jadi saya pun mengintai dari kamar sajer hahah...........

    Dan saya pun belajarlah cemana nak buat blog godek sana godek sini jadilah apa yang telah anda lihat sekarang ....tapi saya memang suka mencuba jadi saya tetap akan terus usaha untuk mencantikkan blog saya walaupun kebanyakan entri saya tidak bergambar .

    Kepada mereka yang sudi untuk memberi nasihat ,silalah.. saya tak akan mensia-siakan nasihat dan teguran anda kerana setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan begitu jugalah patik pacal yang heena wahhhh sedeyyyyy gitu..........

    08 July 2010

    mandi kan baby

    hari nih genablah usia baby puteri 3 bulan yek.......dah besar dah kejap je masa berlalu dari masa mengandung dengan segala alahan ,nak menunggu lagi sembilan bulan ,nak melahirkan dengan segala macam perasaan datang ,dah bersalin pantang pulok,nak melalui proses tak tidur malam di waktu pantang ahhh memacamlah ,sesaper yang dah beranak tu taulah kot yerr........ dan sebenarnya nak bagitau ialah aku dah mula mandikan si puteri tu ngan air sejuk .......yer air paip dari umah aku la........mula mula aku kejutkan dia supaya masa mandi nanti dia tak adalah terkejut, nanti demam kang tak pasal pasal penyakit lain lak kan........jadi bila dah agak lama dia bangun apalagi aku pun pelan pelan letak dia untuk mandikan .......dan puteri agak terkejut tapi masih mampu tersenyum lagi .........mesti dia pikir mama aku ni malas nak masak air panas dah ni ..... taklah puteri mama nak anak mama ni kuat sebab mandi air sejuk pagi pagi .........tapi taklah pagi sangat dalam kul 9 camtu ahhhhh.........kan orang tua tua ada pesan bangun pagi mandi, badan pun cergas ,otak pun cerdasssssss............

    hot ticket

    hot ticket apa tu???? itu sebenarnya adalah kad top up untuk phone  tuhhhh....... masa hubby aku beli minggu lepas dia ada bagitau yang kat dalam tu ada 300 sms dan limit untuk berbual selama dua jam fuhhhh.... tapi yela untuk aku yang tak berapa sangat nak bergayut nihhh adalah rugi tau kalau tak habiskan limit kredit dia tu kan......tempoh tamat untuk top tu adalah selama satu minggu bermula dari tarikh masukkan top up tu......
    jadinya malam tadi hubby aku tetiba teringat pasal hot tiket nih .....hubby tanya banyak lagi ker aku punya limit berbual tu aku cakap lah ada dalam 120 minit maknanya dua jam .... apalagi hubby aku bising lah ...dia suruhnya aku call sesaper yang ada untuk habihkan jugak kredit tuh... ayoooo aku pun ngan tak pasal pasal call la kat mama aku ....citer punya citer ,rupanya ada banyak stori gak kat sinun......... agak lama gak nyembang aku pun tutup talian tipon....... hah baki tinggal lagi 20 minit gitu terer gak aku nyembang ngan mak aku kan.......padahal tetiap hari pun aku tipon gak tau.......tanya kabar depa kat sana tu...... sambil aku nyembang tu mata aku kat hubby jer bukannya nak bercintun tapi tengah tengok dia melayan si kecik tu ..... dah habis giliran aku, hubby aku pulak nak take turn dia pun tercari cari saper lah yang nak bergayut dengan beliau tu ....... ramai gak yang dia tipon semata semata nak habiskan   kredit tuh berbanding ngan aku yang cuma sorang je...........tapi baki limit hubby aku pun masih banyak lagi...... gitulah adanya sekiranya kita gunakan top up ye .......bila ada suatu promisi tu kenalah guna kalau tak rugi jer duit top up kita tuuuu.......................halluuuuuuuuu qistina in da house...........

    05 July 2010

    babah dah balik......

    malam tadi dalam pukul 11.00 mlm gitu laki mak dah balik .... aku pun tereksited sangat sampai sanggup tunggu depan pintu umah ......... yelah tunggu laki pun iya..... nak tengok apa yang di shopping pun iya jugak.......setelah dibelek belek barang apa yang hubby aku beli rupanya ......tu dia...... baju si puteri tu comel sungguh ada lam pat pasang gitu macam macam kaler lak tu...... aku memang dah tak sabar nak pakaikan kat si putei nih.... masa hubby aku balik puteri tengah tido ....jadi aku eksyenkan baju tu kat depan dia je lah....untuk aku lak ,t-shirt of kos lah yang ada cop trengganu dapat dua helai..ngan kain batik selai.........yang lain tuh keropok lekor basah yang dah pun di let go kat umah pengasuh sikit..........petai yang dikirim kak ros aka kak ipar aku ..... ha ...... ni cerita masa laki aku sampai malam tadi aku kan tunggu dia depan pintu, aku tengok banyak betul barang yang dibawaknya ....eh laki aku shopping sakan ni... (dalam hati la)beg pertama adalah berisi telur ,bawang dan bahan bahan yang boleh dibuat masak masaklah katakan.... barang kedua adalah seguni beras .... eh takkan laki aku beli beras dari trengganu kot !!!ape murah sangatkah beras kat sana tu.....sampai seguni laki aku bawak balik .....aku pun relax arr.... hubby beli stok untuk umah ni kot... bila sumer barang dah letak kat dapur hubby pun cakap yang dalam beg merah ngan guni beras tu untuk anak buah dia si salman yang kat ampang tuhhh...... laaaaa patutlah semuanya ada, rupanya stok bekalan untuk anak bujang kak ipar aku tuh ......emmmm tak kisahlah rupanya kak ipar aku yang kirim .....dah siap berkemas sumer barang aku pun godek godek lah gambar yang ada lam kamera laki aku sepanjang dia out station tu..."bukan mak jeles tau tapi mak saje nak tengok laki mak tangkap gambar apa, itu je".........

    mengemas rumah di hari minggu

    pada hari sabtu yang lepas kerja adalah setengah hari, jadi aku akan beransur pulang dengan segera dan bersiap sedia untuk hubby aku yang akan out station malam kang....
    huhuhuuu....... sedihnya hubby nak gi outstation ....kali ni turn dia kena gi kota bharu,terengganu n kuantan ....
    agak lama gak dalam 2 hari mungkin baru balik kl..........ok berbalik pada persediaan di rumah ..biasalah dah ambik puteri dari rumah pengasuh aku lepak jap sementara nasik masak .... masa ni hubby tak balik lagi dari hantar anak buah dia ke ampang ...... so aku pun keluarkanlah lauk yang nak dimasak nanti .... tetiba hubby kol tanya dah masak ke belum .......... aku pun bebunga riang lah bila disoal cenggitu aku kan malas nak masak .......emmmm belilah lauk apapun.... ah gitu lah ....sambil menanti lauk aku sampai .....owhhhhh senang kan kerja mak...dalam kul 2.30 ptg gitu laki aku balik bawak lauk tapau ......aku pun hidangkan je dan ngap terus....... dah makan lepak jap sementara nak tunggu kul 10.00 mlm kang ... agak agak dah nak kul 8.00 mlm aku pun hidangkan makan malam untuk hubby ......siapkan kain baju dia untuk dua hari tuhhh..... semua keperluan dia masa di tempat orang nanti ..... dan yang best aku pun ada sediakan air kopi untuk dia masa ondeway nanti .....hahaha baguskan bagi bekalan secukupnya untuk suami .....sampai biskut chipsmore boley aku tapaukan untuk dia padahal dia boley singgah mana-mana perhentian nanti ...dan tibalah masa yang aku taknak tunggu tunggu ......bila tiba waktunya hubby aku nak berangkat pergi ....ehh syahdunya rasa hati yelah laki nak pergi jauh aku lak ngan anak sorang nihhh ..... tido dua malam tau berdua jer .....aku cam sedih tapi nak buat camno dah kerja laki aku gitu ........masa nak gi tu aku tengok hubby pun cam sedih jer yelah nak tinggalkan anak bini kat umah kan tambah tambah plak anak kesayangan dia si puteri tu ......bila aku salam sayang sumer laki aku pun dah turun tangga aku pun apa lagi laju jer air mata ni tup tap tup tap jek menitik .... dari depan hubby tak nak tunjukkan rasa syahdu ,bila belakang meraung raung .........plak emmmmm....... tidolah aku ngan puteri malam tu dan yang nasib baiknya bila si puteri tu tak meragam langsung ....... baik anak mama tukan...

    01 July 2010

    jom shopping nak.....???

    dalam talian phon :hello abang kat ne?!!!
    aku     : (dengan harapan hari ni hubby aku akan balik awal la).....balik awal ke..??
    hubby : kat sungai besi ....
    aku     :  nak kuar tak ???
    hubby : jommmmmlahhhhhh......

    hehehehehehhheeeee..... boleh gi shopping lagik ..
    tapi ....mesti ada tapi ....
    (dengan harapan hubby akan sponsor segala perbelanjaan yekk....)


    aku     : duit tak de lah
    hubby : pegi mana sumer...?
    aku     :nak simpan kat bank ....
    hubby : alah pakai la yang mana ade...

    nampaknya harapan nak mengepau tu adalah tipis ok.....

    alah biasalah kan pompuan kalau bershopping tu ada je yang nak di belinya pandang itu nak pandang ini pun nak ..tak tahu benda tu worth it or not .....bagi ku, aku pun tamak gak nak memacam last last bila tersangap takdak duit baru lah hah ko gigit lah benda yang ko beli ari tu,,,,, keji kan perangai.......
    dan hubby aku pula adalah berbeza dia orang yang paling cekap dalam membeli segala barang dari barang rumah, anak, keta memang dia nombor satu kalau boleh dapatkan yang paling murah dan itulah yang dikejarnya dah macam mak mak pulak .......untung lah aku disitu .....sayang abang......pandai berjimat untuk bajet beli barang ........

    30 June 2010

    permainan pertama puteri

    masa di melaka ari tu aku ada singgah kat mahkota parade untuk shopping ..... masa lalu kat boots barang baby ..dorang ada buat sales la pulakkk aku pun cam emmmm nak carilah satu untuk puteri dan akhirnyaaaaa dapatlah satu toy ni ......ala macam musical box gak lah yang boley tarik tarik tali dia pas tu ada music....macam biasa, hubby akan hulurkan sumbangan ikhlas untuk puteri .....puteri ucapkan tima acih kat babah cepat !!!! ................masa dia mula-mula dengar music tu dia cam lali je.....dan sampai skang pun aku masih dengarkan dia music tu bila dia nak tido ......"ting tong ting tong".....zzzzzzzz..........

    28 June 2010

    sakit perut

    masa makan malam tadi hubby ada tanya aku ....sakit perut tak? aku jawab ....tak pun nape ? dia sakit perut lepas makan lauk kenduri yang kami dapat masa gi kuala pilah ari tuh ..alih -alih pepagi buta tadi aku dah terasa semacam ,aikkk sakit perut ker ....dia dahhhhh la tuhhhhh terus sampai ke petang ni asyik kerja membuang sajor
    aku tak tahu lah punca apa tapi aku pun sedap je membedal lauk kenduri tu daging kerbo you...... tak penah aii makan pun .....kali pertama lah kiranya mungkin panas kot daging dia tu.... puteri macammana ekkkkk..... adakah dia akan terkena tempias aku gak .....kan bf siannnnya anak mama ...

    shopping barang baby

    kat mana nak beli barang puteri ni kat giantkah atau kat tescokah? yang pasti tempat tu mesti ada susu formula anak mama sebab susu ni bukan semua tempat ada jual .susu yang aku maksudkan ialah susu nan 1 from nestle sebab mula-mula try dulu susu nilah yang sesuweii ngan perut puteri ni.. satu benda ni ada senang nak beli barang lain sama tak payah nak pergi tempat lain lagi.

    kami ke melaka dan kuala pilah

    tarikh :27/06/2010 -Sabtu
    lokasi :melaka
    waktu :5.30 petang


    kami telah bepusing pusing mencari hotel,rumah tumpangan atau motel untuk disewa namun setelah ditanya tanya dapatlah satu hotel dinamakan Fairway Hotel ni dekat dengan town dan tak mahal cuma RM 60.00 satu malam dan sesuai untuk keluarga yang kecil macam kami....
    lepas kami check-in hotel dok dalam 2 jam cam tu  untuk lepaskan penat kami pun keluar semula untuk buat pusingan di bandaraya melaka ini adalah kali ketiga aku di melaka first time dulu aku pegi ngan family aku pas tu lepas kawin aku datang ngan suami saje jalan jalan skang ni ngan anak pulak .bajet nak naik dataran pahlawan kat situ ada carrefour sebab aku nak beli barang sikit .tapi disebabkan anak aku yang taknak dok diam penat agaknya kami pun bergerak pantas dan mencapai apa yang dapat je..disebabkan malam minggu jadi rakyat jelata punyalah ramainya sampai kan nak bergerak dengan transpot pun jadi lembab so kami decide nak berjalan sajork.ingat nak naik mahkota parade tapi esok jelah kan esok masih ada .
    so kami jenjalan kat uptown, kat uptown pun ada le survey barang tapi emmmm si puteri ni plak membuang jadi dah rimas montot gatal kami pun pegi patah balik ke transpot dan siap tukar diapers puteri aku pun ajak hubby tapau jelahh hubby aku tapau nasi goreng dan aku apalagi drive tru mc d la.... nnnnn segala penginapan dan makan makan adalah tajaan hubby aku hehheeh kami teruslah ke balik ke hotel ....


    tarikh :28/06/2010-Ahad
    lokasi :melaka lagi
    waktu :11.45 pagi



    cepat cepat nak check-out ni .... dah tiba time nak keluar dari hotel setelah selesai semua kami pun meneruskan perjalanan ke mahkota parade sebab semalam tak sempat nak pegi kan jadi kami pun menderu lah dan kerana si puteri tengah tido dengan nyenyak nya maka kami meluru ke foodcourt giant tu kira brunch lah skali kat situ jalan jalan jap pas tu keluar terus cari perigi hang tuah sampailah jugak kan ....
    kejap je disitu lepas beli barang sikit kami pun patah balik ke bandar hilir untuk cuci mata sampai kul 4.00 petang kami pun gerak ..... ke kuala pilah ,nogori sembilan


    tarikh : hari yang sama
    waktu : 7.20 ptg
    lokasi : kuala pilah


    ambil barang pelamin kat umah orang kawin sebabnya hubby aku ada kontrak ngan kawan dia lepas semua barang dah siap masuk dan kami pun mulakan perjalan ke kuala lumpur semula....

    24 June 2010

    tinggal berdua

    semalam bila balik dari kerja hubby aku dah amikkan anak dari rumah pengasuh bila aku pergi dapur aku tengok nasi dah siap masak, baju dah siap angkat aku pun ok jelah takde lah pelik sangatkan.hubby aku tunggu aku duduk rehat jap main dengan baby ,sambil main main tu hubby cakap slow je kat aku malam ni kena outstation hahhhhhh apekerhall plak nak kemana ? JOHOR NGAN MELAKA alamak jauhnya tiba tiba je nak pegi malam ni pulak ,,aku pun emm oklah nak pergi takpelah pergi kerjakan bukannya pergi melancong .aku siapkan baju,toilerities sumer bagi makan kenyang kenyang biar dia gomoi anak cukup cukup ngan aku skali kena gomoi opppppssss terlebih sudah ...sampai jam pukul 12 tgh malam dia pun nak gerak dah dia bajet boleh sampai sana terus bawak turun barang jer senang .dia tak nak buat kerja lambat kan kena pergi dua tempat. dan tinggal aku berdua ngan puteri emmm syahdunyaaaa.

    22 June 2010

    tertidur....

    lepas balik dari kerja aku terus mandi siapkan anak .bila anak dah siap lega sikit sebab aku boleh lah lepak lepak buat benda lain tapi apa yang terjadi ialah aku telah tertidor dan tak sedar kan diri sampailah ke pukul 10.30 malam eh laki aku dah makan ke belum anak aku jadi apa pergi mana.Ha tulah tido senja senja ,laki aku apalagi terpaksalah memasak untuk dirinya sendiri memandangkan aku dah tak sedarkan diri.Kesian kat hubby aku bila kena masak sendiri nak makan ala takat goreng ikan ngan sayur apa sangatlah kan bang ,abang kan terer..... ayat nak membodek la ni....dan baby aku macammana.... dia pun dah selamat dalam bouncer dia hubby aku siap susukan dia lagik tentulah pakai susu formula takkan lah susu dia plakkan.....ha tulah penangan anak kecik apa pun hubby aku sanggup redah cuba kalau aku yang nak mengada -ngada ngan dia tunggulah kau kat situ ada aku kisah.......
    apa pun abang lah yang terbaik untukku cuma tak terluah dengan kata-kata saja......

    21 June 2010

    teringin nak makan maggi

    dah lama tak makan maggi terasa sangat terliur ingat lunch ni nak makan maggi jerlahh eiiiiii ingat tengah bulan cenggini sumer tengah pokai ker tak gak cuma tekak ni ha yang tetiba teringat kat maggi ummm dapnya....letak telur sebijik letak kobis ngan cili padi maggi slurppppp....dap dap

    hisap puting nyot nyot

    semalamkan masa puteri sibuk nak nangis mama sumbatkan puting nyot nyot terus dia senyap .......dia cam lalok jer ngan puting tu senang kan keje ..... nak bagitau itu jer ....

    hujan

    hari ni adalah hujan dan cuaca sejuk jer... tapi disebabkan kena kerja jadi aku perlulah melupakan seketika saat indah untuk tido waktu hujan tetttttttt....syoknya dapat tido time cenggini kan..

    casio exilim slim kerrr?????

    eh casio exilim slim apa ??? memang slim pun kamera casio ni senang nak dipegang dan dibawa kemana-mana .memang sesuai untuk wanita seperti aku ni .saja jer nak bagitau yang kamera aku ni slim .... jangan muntah yerk......

    20 June 2010

    berkelah di tasik perdana

    Sebenarnya dah lama bercadang nak bawa puteri jalan jalan tapi disebabkan usianya yang terlalu muda baru habis pantang mama malas lah nak bawa puteri keluar rumah .Tapi bila dia dah dekat 3 bulan ni mama berani lah sikit nak heret anak mama keluar .Kami tak pergi jauh pun area kl jer gi jalan jalan tasik perdana makan nasi bungkus ,nasib baik anak mama ni baik tak meragam mama letakkan dalam stroller dia tido ,bangun jap main- main, tunjuk pokoklah, burung lah macam dia retikan dia pun diam je.Pas tu mama bawak dia gi muzium tengok pameran keranda takde lah seram sangat cuma kat situ diorang tunjukkan jenis jenis keranda jer.Yang bestnya anak mama ni sepanjang jalan asyik tido jer ,pas mama dukung babah pulak take turn dukung puteri .Tapi sebelum tu kami dari planeterium dari situ ada jejantas yang boleh seberang jalan terus ke muzium .Dah habis ronda ronda kat situ kami terus gi alamanda bajet nak beli kamera digital kat situ tetiba babah ajak gi low yatt plak kami pun apalgi berdesup lah gi low yatt.... survey punyer survey singgah satu kedai apek ni dia terangkan lah keburukan dan kebaikan kamera digital yang ada last last kami pun deside nak amik casio exilim ,emmm bolehlah gambar pun cun banyak funtion dan yang penting modelnya boleh tahan cantik dan puas hati kami choose kaler silver. Dah penat dah ni balik lah apalagi tilam bantal dah tunguuuuuu.....

    18 June 2010

    Qistina Fadiela pergi kerja

    puteri ikut mama pergi kerja!!!!!! sebabnya kerana pengasuh puteri ada hal dia dah bagitau baba masa baba ambik puteri .

    makan mc donald ye..

    lepas ambil anak pukul 5 hubby kena keluar kul 6.30 sebab kena pergi bangi untuk hantar pelamin,kawan dialah si jay yang pasang sendiri pelamin tu aku pernah lah tengok pelamin dia cantik gak siap boleh mekapkan pengantin lagik. Dia suruh abang aku bawakkan barang dia mengikut destinasi tempahan sampai ke perak pun ado .Bila tiba musim cuti lagi banyak tempahan ..masyukkkk.......bila dah balik lambat haruslah hubby aku belanja mc d ... yang bestnya ingatkan kami berdua je rupanya sianip sepupu dia ngan anaknya ikut skali hubby tapau bawak balik umah jerrrr.Lepak jap tengok tv pas tu tidolahhh....

    17 June 2010

    TAK RETILAH.........

    ISHHHH PENAT MAMA CUBA NAK GLAMOURKAN BLOG NI TAPI MACAM TAK BOLEH KENAPA YA....... MAMA TUKAR ITU TUKAR INI TAPI MASIH TAK BOLEH MAKSUDNYA DIA TAK KELUAR DALAM CARIAN GOOGLE .MAMA SEBENARNYA NAKKAN NAMA QISTINA FADIELA KAT GOOGLE JADI MAMA TUKARLAH NAMA CINTAHATIHATI DIELAMANJA KE QISTINA FADIELA LAST LAST TAK MENJADI SKANG MAMA PAKAI JE CINTAHATI TU SEBAB ITU YANG BOLEH DILIHAT DALAM GOOGLE APAPUN TAK KISAH LAH MAMA NI BARU BELAJAR NAK BERBLOG NI SALAH SILAP HARAP DIMAAFKAN . AMPUNNNNNN.....

    tido pukul 3 pagi

    letih lah skang ni tetiba si puteri ni nak tido kul 3 pg lak .Dah 2 malam dia nak tunggu kul 3 baru dia leh lelapkan mata.Itupun mama yang tetido dulu pas tu bila mama sedar ma tengok dia dah terlelap sian tido sorang sorang tanpa didodoi mama.Baba limit dia tu sampai kul 1 pg je pas tu dia memang tak leh bangun dah mengantuk sangat agaknya.Apapun janji anak ma nak tido sudah jangan dia tak nak tido langsung masa tu mama ngan baba jadi zombi lah di siang hari.

    16 June 2010

    apa yang puteri tengah buat sekarang

    jap g mama nak balik untuk lunch time mama ingat nak jenguk puteri jap nak tengok apa dia tengah buat mama risau takut dia nangis je kan dia tak nak minum susu botol .... mama takut anak mama lapar siannnnnnnya anak mama kan....

    mengantuk

    mengantuk pepagi ni sebabnya malam tadi puteri tak nak tido ........

    tak nak minum susu dari botol

    semalam puteri merajuk dengan mama dia dah tak nak minum susu dari botol dia nak susu dari mama gak .Mama runsinglah sebab mama kena kerja dan mama risau dia tak nak minum masa di rumah pengasuh nanti.Mama akan ajar dia jugak minum susu dari dalam botol supaya dia boleh terima nanti....

    15 June 2010

    meragam la pulak

    Semalam hubby balik awal jadi dialah yang tolong ambilkan puteri.Masa mama sampai rumah mama dengar puteri elok je nyembang ngan babah dia aikk,anak mama dah pandai nyembang seronok la kejap .Macam biasa siapkan segala keperluan puteri untuk mandi ,baju bedak ,minyak telon air panas .Lepas selesai semua mandikan dia dan susukan dia dia pun mamai macam nak tido ,adala terlelap kejap pas tu bangun balik dan tak tido tido sampai malamnya. Masa mama nak tido mama ingatkan dia dah tido rupanya dia tak tido lagi mama bagi susu semua cukup sapukan minyak telon tak nak anak kembung .Babah siap dodoikan lagik ,tengok tengok dah kul 1 pagi .Ishhh kenapa ngan anak mama ni dia dok merengek jek dari tadi tak nak tido sakit lagi ke kena cucuk ,mama pun tak tahu nak memujuk cemana lagi .Bila anak mula meragam mama pun tak sampai hati nak biarkan ,mama dodoikan dia nasib baik dia nak tido gak itupun pukul berapa tau .... kul 3.30 pg ha hilang habih ngantuk mama tadi punya nak memujuk anak meragam ... tak tahu lah kenapa tapi takdelah meraung sungguh sungguh mungkin dia nak ngadu yang paha dia sakit kena cucuk cian anak mama ye.Dan babahnya dah terlelap tanpa menyedarkan diri lagi.

    14 June 2010

    qistina fadiela

    Hari ni puteri kena cucuk la untuk bayi berusia 2 bulan .Pagi pagi lagi dah kena kacau ngan mama untuk bangun mandi kesian puteri .Sepanjang nak pegi klinik asyik menangis je bukannya apa nangis manja takut kena cucuk ,dia pun tahu hari ni dia dapat sakit tu yang meragam je.Mama pakaikan puteri baju pink yang kak zira bagi ari tuh supaya puteri nampak comel bila kena cucuk .Masa kena cucuk tadi adalah menjerit sikit pas keluar dari bilik terus terlelap ,yela dari pukul 6.30 pagi da bangun mesti ngantuk kan anak mama ni.Mama bajet nak gi keje 1/2 day je sbb kesian nak hantar puteri masa dia tengah sakit cam tu .Mama biarkn je dia tido puas puas kul 12.30 th tadi baru hantar dia.Ala rumah pengasuh dia tak de la jauh sangat pun depan rumah kami je. Senang kan jimat masa mama.Baba dia pepagi lagi lepas hantar kami balik dia pun chiauuuuu gi keje.

    kelahiran pertama

    pada 09/04/10 merupakan hari yang bersejarah bila aku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel dengan berat 2.2 kg dilahirkan secara normal di hkl .bayi perempuan ini aku dan hubby telah namakan puteri nur qistina .