Google
 

19 December 2010

berkira pasal makan

pehal nak berkira pasal makanan ni...ni adalah sebuah kisah benar yang aku cuba nak sampaikan dimana seorang mak budak ni dia dulu pernah didatangi seorang budak yang lebih kurang baru nak masuk sekolah menengah ...budak ni selalu sangat datang kat umah akak ni sebab nak berkawan dengan anak dia yang baru darjah pat....masa budak ni datang umah dia semua yang anak dia makan dia ajak sekali budak ni makan  tapi bila suatu ari anak dorang tak berkawan dia ungkit balik yang  budak ni selalu perabihkan makanan dia ...padahal anak dia nak berkawan lagi dengan budak ni tapi dia yang halang katanya budak ni ajar anak dia bukan bukan dan dengan muka tak malu dia boleh cakap dia bukan nak berkira pasal makanan tapi dia tahu anak dia takkan makan sampai habis semua makanan yang dia beli...contohnya nugget la ataupun keropok ke kerepek yang bebudak selalu rekues bila keluar shopping...kalau ko tak ajak takkan orang nak makan ...betul tak?

kisah kedua pulak ,bila selalunya mak budak ni nak keluar ke pasar ...dia selalu ajak budak nak masuk sekolah menengah ni ikut sama ..padahal dia nak soh budak ni tolong hangkut beskal yang anak dia nak naik dari tingkat empat kebawah ..keatas masa pergi pasar nanti ...budak ni pernah merungut kalau hari hari macam ni mati ar dia...dan lepas tu dia dah tak nak ikut lagi mak budak ni.....

kenapa mak budak ni selalu melihat kesalahan anak orang je kenapa dia tak melihat perangai anak dia bila dok jauh dari mata dia  ...dia rasa dia dah ajar anak dia dengan cara paling sempurna padahal anak dia yang paling out.. kalau dok umah orang tak reti nak balik ...selagi orang tak tutup lampu nak tido tak de nya dia nak balik...pas tu bila anak orang buat kat dia reti pulak dia nak bising ..pung pang pung pang cakap anak orang terbiarlah ...tak reti nak berkawan elok elok ngan anak dia...pehal...

lagi satu bebudak ni dia tak pandai cakap bohong ..kalau kita keras sikit dia dah takut jadi tak ada maknanya dia nak ajar budak tu perkara yang bukan bukan lagipun dorang ni bukannya dok keluar main jauh jauh pun aku tengok asyik terperuk dalam umah je....tu pun depan mata mak budak ni sebab mak budak sentiasa ada kat umah.....

 kesian dengan budak yang nak masuk sekolah menengah ni sebab dia budak baik dan ringan tulang ...pernah lah bila suatu hari kami ajak budak ni makan tapi dia tak nak sebab segan ..sampai kena paksa, kalau bawak keluar pun sama tak nak makan bila tanya kenapa ....dia tak bawak duit ..jadi boleh bayangkan tak kenapa mak budak tadi cakap yang budak ni selalu perabihkan makanan dia...kalau budak ni dengar kecik hati dia ....lain kali kalau rasa nak makan sendiri pun tak cukup jangan nak jemput orang lain makan sama...pas tu merungut kata orang perabihkan makanan kita....



*ni ingatan untuk diri sendiri dan jugak untuk anak aku nanti...
kalau nak ajak orang makan biar ikhlas jangan nak mengungkit ...tak baik ,lagi satu kalau anak kita nak makan kat umah orang pesan kat dia jangan makan sampai habis makanan orang nanti tuan umah marah ...nak makan banyak balik umah......iyeke gitu....

2 comments:

|| NaFiRaa || said...

urrmmm.. kalo nak pelawa tapi x iklas..baik x payah pelawa orang makan.. paling x suka orang mengungkit pasal makan~ isk!

mama qistina said...

nafira :tul tu nanti makanan yang kita makan tu nak jadi darah daging...tak ikhlas pun jadi tak halal lah....janganlah aku juga begitu amin....